in

“Kes akan naik mendadak!” – Pakar Jangka Malaysia Bakal Alami Fasa ‘Twindemic’, Lebih Dahsyat Dari Pandemik?

Bb 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam pada kita masih bergelut melawan Covid-19, ada pakar maklumkan kita akan alami ‘twindemic’. Katanya lebih dahsyat dari pandemik. Alamak betul ke?


 

Pertembungan dua wabak

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan Covid-19, secara mendadak.

B 1 1

 

“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan Covid-19 yang ada sekarang,”

B1 2

 

Dapatkan pencegahan awal

Tambah Zamberi, langkah pencegahan perlu diberi perhatian untuk menangani wabak ini lebih-lebih lagi bagi golongan yang berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza.

“Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan. Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan,”

Sumber: Astro Awani

 

Baca: KKM Jangka 4 Minggu Untuk Ratakan Lengkungan Jangkitan Pandemik Covid-19

B2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.