Bila orang dengar je pasal kerja offshore, mesti ramai dah bayangkan betapa masyuknya gaji pekerjaan ni dan pastinya beruntung orang yang ada anak atau berkahwin dengan individu ni.
Tapi tak ada siapa yang tahu suka duka bekerja offshore ni. Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, dia berkongsi kisah duka yang sering diterimanya ketika bertugas dan terpaksa pulang atas alasan yang tak menggembirakan.
“Dik rumoh mok terbakar”
Menurut netizen bernama Azwan ni, sungguhpun dia mendapat gaji yang lumayan semasa bertugas di offshore, dia kerap kali dipanggil pulang atas berita yang tak menggembirakan.
Walaupun kerja 3minggu gaji rm7k tetapi tidak bermakna lagi setiap kali ke offshore pasti pulang dengan berita yg tidak menggembirakan 😞
Sedikit kisah aku ketika berada di offshore tetapi roh berada di kampung pic.twitter.com/D3RNRrcD3i
— acong (@azwan_kar) January 19, 2020
Cabaran pertama ketika bertugas di sana ialah dia tidak dapat pulang ke kapal selama 5 hari. Maknanya dia terpaksa bertugas di pelantar dan terpaksa tidur di platform walaupun dalam keadaan tak selesa.
Namun sebaik saja pulang ke kapal semula, dia menerima berita sedih daripada abangnya yang mengatakan rumah emak mereka 80% terbakar teruk. Allahu… Namun mujurlah ahli keluarganya terselamat semuanya.
“Lepas 8 hari aku naik, dikhabarkan berita bakal isteri dikejarkan ke hospital”
Tak lama selepas itu, Azwan kembali bertugas ke offshore lagi sebagai instrument technician. Namun baru 8 hari bertugas, dia dikejutkan berita bakal isterinya telah dikejarkan ke hospital.
Namun pada ketika itu, Azwan tidak dibenarkan pulang. Selepas dua minggu bertugas, barulah dia dapat melawat bakal isterinya yang sudah pulang dari hospital.
“Kali ketiga, aku dapat berita isteri aku masuk wad dan tak sedarkan diri”
Rezeki Azwan ternyata murah selepas bernikah, dia akhirnya dapat bertugas di offshore buat kali yang ketiga. Bila tiba raya haji yang pertama, dia dapat berita yang menyedihkan.
Isterinya masuk wad dan tak sedarkan diri pada masa itu. Walaupun payah, dia akhirnya dapat pulang 10 hari awal daripada tarikh sebenar. Meskipun isterinya kembali pulih, Azwan tidak bertugas ke offshore lagi.
Dia bersyukur kerana dia dapat bersama isterinya pada detik-detik terakhir sebelum wanita tersebut meninggal dunia akibat kanser.
Tu jelah sedikit kisah hidup aku ..terima kasih semua dan minta yg baca ni sampai habis mnta luangkan sdikit masa utk sedekah kan bini aku al fatihah 🤲 semoga kalian semua sntiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ameenn 🤲 pic.twitter.com/kN19TpEoCC
— acong (@azwan_kar) January 19, 2020
Cancer
— acong (@azwan_kar) January 19, 2020
Sedihnya kisah bro ni. Rata-rata netizen yang membacanya pun tak dapat bayangkan betapa kentalnya hati lelaki ni dalam mengharungi pelbagai dugaan sungguhpun sedang bertugas jauh di tengah laut.
Apa-apapun admin doakan semoga bro ini terus sabar dan tabah dalam hidup. Al fatihah buat isterinya.