in

“Kerana mulut, habis satu bandar kena” – Hanya Kerana Seorang Pekerja Piza, Habis Australia Selatan Kena ‘Lockdown’

Selatan Australia Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul lah kata peribahasa, kerana mulut, badan binasa. Tetapi dalam konteks kali ini, kerana mulut, satu bandar merana.


Mulai Rabu lalu, lockdown telah berkuatkuasa di seluruh negeri Selatan Australia setelah pihak berkuasa tempatan terpedaya dengan penipuan seorang lelaki yang disahkan positif wabak Covid-19.

Woodville Pizza E1605953627655

Memetik laporan BBC, Komisioner Polis Australia Selatan, lelaki berkenaan tidak berterus terang mengenai aktiviti pekerjaannya kepada pasukan pengesanan kontak.

“Individu itu pada awalnya mendakwa, keberadaannya di premis Woodville Pizza Bar, Adelaide itu hanyalah untuk mengambil makanan yang dipesan untuk dibawa pulang. Dia juga menyatakan bahawa dia hanya berada di situ untuk tempoh masa yang singkat,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan bukanlah berada di premis itu hanya untuk mengambil makanan, dia sebenarnya merupakan pekerja yang bertugas mengikut syif normal di kedai terbabit.

Namun begitu, pendedahan itu sudah terlalu lambat kerana lockdown telah pun dijalankan kerana pihak berkuasa kesihatan merumuskan bahawa virus yang menjangkiti lelaki itu mungkin mempunya kadar jangkitan yang tinggi susulan individu itu dijangkiti meskipun berada di premis berkenaan dalam masa yang singkat.

Steven Marshall E1605953877954

Menurut Perdana Menteri Australia Selatan, Steve Marshall, pihaknya amat kesal dengan tindakan lelaki itu yang gagal untuk berterus terang sehingga mencetuskan lockdown.

Pada awalnya, Komisioner Polis Australia Selatan berkata, terdapat kemungkinan besar lelaki berkenaan tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tiada penalti buat mereka yang berbohong.Namun, beliau menukar kenyataannya selepas sebuah pasukan penyiasat khas ditubuhkan bagi menyiasat kes terbabit dengan lebih terperinci.

Menurut laporan, selepas cerita sebenar diketahui, Australia Selatan dijangka bakal menamatkan lockdown lebih awal berbanding tempoh asal.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan lockdown berkenaan dijalankan selepas satu kluster baharu semenjak April lalu dikesan di negeri itu dengan 22 kes positif Covid-19 dilaporkan.

Ni kalau jadi kat Malaysia ni, teruk kena kecam lelaki ni.

Sumber: BBC

Baca: “Dedah Pasal Kejadian Di Wuhan Masa Covid-19 Mendadak, Wanita Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Covid 1 E1605953023592

Sumber: LADbible
Sumber: The Mandarin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.