in

Kerajaan Negeri Selangor Akan Umum Pakej ‘Kita Selangor’ Minggu Hadapan, Bantu Rakyat Terjejas Akibat Total Lockdown

Fi Sel 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, kerajaan negeri Selangor dijangka akan mengumumkan bantuan dinamakan sebagai Pakej ‘Kita Selangor’ terbaharu pada awal minggu hadapan. Inisiatif ini diambil berikutan pelaksanaan total lockdown sehingga 14 Jun ini.


Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, dan berkata pihaknya kini dalam perbincangan mengenai pakej bantuan yang ingin diberi tersebut.

Fi Sel

“Insya-Allah saya akan mengumumkan Pakej Kita Selangor minggu hadapan, saya tengah siapkan.

“Perkara ini juga kita sudah bincangkan dalam mesyuarat bersama Exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Tetap) sebentar tadi,” katanya ringkas pada sidang media di Bangunan SUK Selangor menurut Berita Harian.

Beliau berkata sedemikian ketika ditanya sama ada Selangor akan sediakan pakej bantuan untuk rakyat kerana ramai yang terjejas susulan pelaksanaan PKP penuh ataupun total lockdown ini.

Sebagai tambahan, tahun lalu kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk dua Pakej Rangsangan Selangor Prihatin.

Kira-kira sebanyak RM 127.78 juta diumumkan pada Mac tahun lalu, dan sebanyak RM272.5 juta pada April.

Pada Januari lalu, Kerajaan Selangor pernah mengumumkan Pakej Kita Selangor dengan peruntukan sebanyak RM73.877 juta

 

Baca : “Dibuka secara berperingkat” – Kerajaan Selangor Setuju Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar-Besaran Jun Ini

Foot Sel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.