in

Kerajaan Kelantan Takkan Tarik Balik Pengharaman Pawagam, Rakyat Boleh Tengok Netflix

Page Wayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti menonton wayang merupakan satu kepuasan yang boleh dirasai oleh orang ramai dengan vibes dan juga audio yang lebih jelas dalam panggung. Bak kata orang, lagi sampai lah story tu!


Walau bagaimanapun, ramai sedia maklum bahawa tiada satu panggung wayang pun yang tersedia di Kelantan malah penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu terpaksa pergi ke negeri lain untuk menonton filem yang ditayangkan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan menarik semula pengharaman pawagam di negeri tersebut memandangkan tiada permintaan yang dibuat oleh penduduk di sana.

Mohd Amar Nik Abdullah Fb 040319 2

“Diorang boleh tengok Netflix”

Dalam satu temu bualnya di saluran YouTube FengRenGuan, Mohd Amar berkata bahawa kerajaan negeri tidak menghalang penduduk membuat pilihan demi untuk menonton filem yang ditayangkan.

“Orang Kelantan tak bising pasal pawagam sebab diorang boleh tengok banyak filem kat Netflix. Netflix kan ada semua? Jadi kenapa perlu bayar duit untuk pergi tengok wayang?” – Ujar Mohd Amar

“Takkan kaji semula”

Menurut MalaysiaKini, Kelantan telah mengharamkan panggung wayang dan juga kedai nombor ekor sejak PAS berkuasa di negeri tersebut pada 1990 yang ketika itu diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah, kerajaan negeri turut menegaskan bahawa mereka tidak akan mengkaji semula larangan tersebut seperti yang dibuat oleh mana negeri-negeri di bawah naungan PAS seperti Kedah dan Terengganu.

Isu ini menjadi perbualan hangat selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli yang pernah menentang tentang pembukaan pawagam pada 2016 menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Lembah Klang.

Kawan-kawan min pun sanggup haa pergi Pahang tak pun Terengganu kalau nak tengok wayang…

Baca: “Boleh saman 1 juta sorang” – Ramai Pengguna TikTok Muat Naik Scene Mat Kilau Dalam Wayang?

Untitled 1

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.