in

“Kerajaan akan pinda akta, penjara hingga 20 tahun kepada pemandu mabuk”- Menteri

Featured 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pemandu mabuk sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalan raya yang lain sehingga kini tak pernah selesai, malah dilihat semakin menjadi-jadi.


Ramai yang meminta supaya kerajaan melihat semula undang-undang kepada pemandu mabuk ini dengan mengenakan denda dan hukuman lebih berat supaya ‘golongan’ ini sedar akan kesalahan mereka.

Remuk
Sumber: berita harian

Melihatkan kepada keseriusan perkara ini, kerajaan akhirnya bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 selaras dengan situasi semasa.

Ia bertujuan bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah yang melakukan kesalahan memandu secara berbahaya dan berada di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

Pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi, termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu mabuk.”- Datuk Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

Vui
Sumber: sabah post

Katanya lagi, Kementerian Pengangkutan akan meneliti pindaan akta tersebut ekoran penguatkuasaan dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor Berita Harian.

Datuk Liew Vui Keong berkata, secara prinsipnya kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta tersebut ekoran banyak kes yang berlaku sehingga menyebabkan kematian, dan mereka ini perlu menerima hukuman setimpal.

1 16
Sumber: berita harian

Buat masa ini pesalah jalan raya yang memandu kenderaan secara berbahaya dan dibawah pengaruh alkohol hanya dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Hukuman itu memperuntukkan penjara minimum 2 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tak lebih RM20,000.

Beliau berkata akta tersebut tidak mencukupi.

Untuk rekod sebelum ini pada 29 Januari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke ada memaklumkan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol.

 

Bagus!

Baca : Nak tunggu berapa lagi mati? Dalam Tempoh 72 Jam, Tiga Maut Dilanggar Pemandu Mabuk di Pulau Pinang

Mab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.