in

Kerajaan Akan Perkenal Sistem Identiti Digital, Bakal Perkuatkan Ciri Keselamatan Pengguna MyKad

Page Digital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan MyKad di negara kita amatlah penting kerana ia diibaratkan sebagai pengenalan diri sendiri walau di mana sahaja kita berada. Bukan itu sahaja, MyKad juga telah diinovasikan sebagai sesuatu yang memudahkan orang ramai dengan pelbagai ciri yang dinaik taraf.


Dalam usaha untuk menguatkan lagi keselamatan penggunaan MyKad bagi rakyat Malaysia, kerajaan akan memperkenalkan sistem Identiti Digital (Digital ID) bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan sistem digital serta urusan secara online.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut memberitahu bahawa proses pelancaran bagi Digital ID telahpun bermula sejak tahun ini dan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

“Digital ID akan menjadi satu bentuk pengenalan digital dan pengesahan bagi individu dengan menggunakan teknologi biometrik terkini seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris ketika melakukan urusan di atas talian” – katanya

Inisiatif ini selari dengan penguatkuasaan penggunaan teknologi digital yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia di masa yang sama dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara sebaik sahaja pelancaran Digital ID itu telah dalam diluluskan tiga tahun lagi.

Home Banner 80Ee4598 3C2A 4B0F Ae86 57Bc543Eaaec

Selain penambahan ciri keselamatan Digital ID, JPN juga memperkenalkan Pengesahan Data Integrasi Mortaliti Sistem (SPDIM) yang mana ia merupakan perkongsian sistem pintar antara JPN dan Polis Diraja Malaysia.

Baca: Dah macam ayah sound anak” – Gelagat Hendrawan Nasihat Lee Zii Jia Curi Tumpuan Peminat

Lee Zii Jia Ft Image

 

Sumber: Asklegal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.