in

Kenapa Pemain 456 Squid Game Warnakan Rambut Merah? Ini Jawapan Pengarah Siri Itu

Page 456

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun hampir sebulan siri Squid Game telahpun ditayangkan di Netflix sejak 17 September lalu, ternyata siri itu masih lagi relevan sampai ke hari ini. Terbaharu, menurut Soompi, Squid Game telahpun memperoleh jumlah subscribers tertinggi yang menonton iaitu sebanyak 111 juta.


Semakin hari semakin banyak persoalan dan berita yang menjadi bualan di kalangan peminat yang menonton drama itu. Antara persoalan terbaru yang menjadi tumpuan adalah rambut merah pemenang Squid Game yang bernombor 456.

Bagi sesiapa yang telah menonton siri blockbuster itu sudah tentu tahu ganjaran yang diterima oleh pemenang terulung bagi Squid Game itu. Pemain bernombor 456 atau Seong Gi Hun merupakan pemenang permainan itu yang dilakonkan oleh Lee Jung Jae.

Squidgame Unit 104 1570 1632090615

Namun begitu, selepas memenangi permainan itu Seong Gi Hun terpaksa menerima hakikat ramai telah terkorban di sebalik kejayaannya itu. Dalam episod terakhir, dia dilihatkan telah pergi ke salon rambut dan mewarnakan rambutnya dengan warna merah menyala. Perbuatan itu telah menarik minat ramai peminat untuk merungkai misteri tersebut.

Unnamed 1

 

“Boleh dikatakan itu menandakan bahawa Gi Hun tidak dapat kembali ke masa lalu” – Hwang Dong Hyuk

Dari situ, pengarah dan juga penulis skrip siri tersebut, Hwang Dong Hyuk buka mulut selepas soalan tersebut diajukan kepadanya dalam satu temubual di Korea Selatan baru-baru ini. Dia menjelaskan bahawa idea itu datang dengan memikirkan apakah perkara yang paling ‘gila’ Seong Gi Hun boleh lakukan dengan wang ganjaran yang banyak.

Sub Buzz 731 1633060988 10

Dia turut menambah bahawa warna merah itu juga menandakan lambang kemarahan dan pemberontakan. Demi menunjukkan rasa marah dan juga dendam yang masih lagi berbaki, Seong Gi Hun mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya dengan warna merah.

Wah, barulah terjawab semuanya! Korang agak-agak masih akan ada ke Season 2 untuk Squid Game ni? Yang ini pun ambil masa 8 tahun untuk siapkan skrip..

Baca: “OMG SEBIJIKNYA” – Wanita Jumpa Lelaki Mirip ‘Gangster’ Dalam Squid Game Ni Buat Ramai Tak Percaya!

Collage 33

Sumber: Harian Metro
Sumber: Koreaboo
Sumber: buzzfeed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.