in

“Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia

ft anak menangis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas murid kepada guru yang maut dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kerap mempersoalkan tindakan pelaku yang melanggar guru kesayangannya itu.

Menurut ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Mira Rozaliya Mohamad Rozaini, 34, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Hana Melissa Ahmad Hariz begitu rapat dengan Allahyarham Syakirah Hanan Mazli walaupun arwah bukan guru kelasnya di Tadika Zahir Annur, di Batu Buruk.


Artikel berkaitan : Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler

Artikel berkaitan : Dipercayai Dilanggar, Tapir Jantan Seberat 250kg Ditemui Mati Di Kemaman

“Kenapa kereta tu langgar teacher?”

Jelasnya, biarpun Hana bakal melangkah ke Tahun 1 pada sesi persekolahan yang bakal mendatang, Hana tidak berhenti menyebut nama arwah kerana kerap berinteraksi dalam pelbagai aktiviti harian di tadika.

“Arwah antara guru paling awal sampai ke tadika. Biasanya pagi-pagi dialah yang sambut Hana turun dari kereta. Arwah sangat baik, sentiasa senyum, bercakap lembut dan penuh sopan.”

“Saya sendiri masih rasa seperti mimpi apabila mendapat tahu arwah terlibat dalam kemalangan.”

Screenshot 2026 01 06 152240

Tambah Mia, ketika kejadian beliau berada di tempat kerja dan hanya mengetahui kemalangan berlaku tanpa menyedari individu terbabit adalah guru anaknya.

“Bila gambar arwah mula tersebar, barulah saya tahu. Saya terus hubungi pengetua tadika untuk kepastian dan ternyata memang Teacher Syakirah yang terlibat.”

Jelasnya, Hana mengetahui mengenai kemalangan tersebut daripada sepupunya yang berkongsi maklumat dalam satu grup keluarga.

Tambahnya, sebaik sahaja bapa Hana pulang ke rumah, anaknya itu terus bertanya sama ada benar atau tidak kereta guru kesayangannya itu dilanggar.

611299230 26007447862193657 5349276840215643516 n

Tambah Mira, anaknya tidak berhenti bertanya mengapa kemalangan tersebut berlaku, soalan tersebut sering diulang termasuklah sebelum tidur.

“Walaupun dia masih kecil, kehilangan itu sangat dirasai. Soalan dia juga sangat menyentuh perasaan kami sebagai ibu bapa.”

Isnin lalu, Allahyarham Syakirah Hanan, 25, maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat JPJ, Kuala Terengganu. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Sinar Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.