in

“Kenapa jumlah kes positif turun ketara tetapi kluster baru setiap hari tinggi” – Najib Dakwa KKM Kurangkan Saringan?

Nr2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penurunan ketara kes baru harian Coid-19 membuatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tertanya-tanya.


Beliau mendakwa mendakwa kes harian Covid-19 di negara ini menurun sejak minggu lepas kerana pengurangan jumlah saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya menerusi Facebook hari ini, ia berikutan kerana jumlah kluster baharu dikesan setiap hari tetap tinggi.

 

KKM perlu memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” 

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157705604050952

Menurutnya lagi, beliau musykil samada KKM hanya saring kontak rapat yang bergejala sahaja.

“Pengurangan saringan tersebut menimbulkan pertanyaan adakah KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif. Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala sahaja akan disaring dan sekitar 80 peratus yang positif tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia menyambut baik penurunan jumlah kes baru Covid yang diumum setiap hari tapi menurutnya rakyat juga ada hak untuk tahu bahawa penurunan ini adalah akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan.

Hari ini,  kes sembuh harian mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 5,718 kes sementara kes baharu 2,720 dan 8 kematian.

Dapat dilihat jumlah kes harian menunjukkan perubahan ketara di kebanyakan negeri yang mencatatkan 2 digit sahaja.

Kes sembuh makin tinggi, harap sangat ia semakin bertambah dan kes positif pula semakin berkurangan supaya dapat putuskan rantaiaan Covid-19 ini.

 

Baca :  “Lock down bermaksud all open”- Najib Razak ‘Sindir’ Kerajaan, Tak Ada Keperluan Buat PKP Lagi Lepas Semua Perniagaan Dibenar Operasi

Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.