in

“Kenapa baru sekarang?” – Netizen Marah Rina Harun Lambat Respon Kes Penderaan Bella?

Page Rina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang minggu lalu kecoh kes penderaan remaja Sindrom Down, Bella sehingga #JusticeForBella trending di media sosial sejak perbicaraan tersebut telah berlangsung di mahkamah ketika ini.


Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail turut bersuara dengan menawarkan khidmat peguamnya demi menuntut keadilan buat Bella dengan memuat naik satu posting di Facebooknya berkenaan kes tersebut.

Ekoran itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter oleh Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan bahawa pihaknya sedia untuk berikan bekerjasama dalam prosiding penderaan Bella.

Menurut Harian Metro, Rina Harun bersama pihaknya juga telah bersedia untuk mengadap Tunku Ismail dan isterinya, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bagi menerangkan perincian kes penderaan Bella berserta tindakan susulan yang akan dibuat dari pihaknya.

“Sebelum ni pergi mana?”

Pun begitu, pengumuman oleh Rina Harun itu telah mengundang kemarahan orang ramai di media sosial. Rata-rata menyifatkan tindakan yang dibuat agak lambat dan hanya bersuara selepas namanya disebut oleh kerabat diraja.

“Nak tunggu TMJ dulu, baru gerak Rina Harun ni hmm…” – Komen netizen

Komen Full 8

Bukan itu saja, ramai juga yang menegaskan bahawa  KPWKM seharusnya menjadi pihak pertama untuk bertindak dengan segera bagi membantu kes penderaan Bella yang semakin hari semakin hangat diperkatakan.

Apa-apa pun kita sama-sama doakan yang terbaik untuk adik Bella ya… Semoga keadilan berpihak kepada dirinya. Harap semuanya dimudahkan!

Baca: #JusticeforBella: TMJ Pula Bersuara, Tawar Khidmat Peguamnya Secara Percuma Untuk Kes Bella

Untitled 1 11

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.