in

“Kenapa abah buat sampai macam tu? Aku bukan anak dia”

Page Tweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kalau cerita pasal bapa tiri atau mak tiri mesti tentang perkara yang negatif kan? Tapi kisah yang dikongsikan seorang individu pasal bapa tirinya pasti buat air mata korang meleleh.


Aidiel Eskandar telah berkongsi kisahnya di Twitter mengenai suami ibunya yang dipanggil “abah”. Katanya,

3 8
sumber: twitter
5 6
sumber: twitter

Jelas Aidiel lagi, garang abah boleh dikatakan sampai tahap baran namun, dia bukanlah ingin menceritakan tentang seorang bapa tiri yang mendera anak tiri tetapi kisah seorang bergelar “bapa”.

Menceritakan tentang kebaikan yang abah dah lakukan padanya, lelaki itu merupakan orang yang sangat happy bila melihat Aidiel first time ke sekolah sehinggakan abah sanggup menunggu di sekolah sepanjang hari.

Bukan itu je, menurut Aidiel, abah turut menghantarnya ke sekolah setiap pagi tanpa jemu. Tapi pernah sekali abah terlambat ambil dan untuk memujuk Aidiel yang menangis, abah membelikannya ‘jajan’.

6 4
sumber: twitter

Selain itu, masa Aidiel dibuli rakan di sekolah dan bekalnya dimakan mereka, abah merupakan orang yang paling risau dan memilih untuk datang ke sekolah bagi menasihati rakannya itu sehinggakan dia sanggup masuk kerja lambat.

Diyznjgueaejpm5
sumber: twitter
7 4
sumber: twitter

Aidiel juga memberitahu dia langsung tak tahu abah adalah bapak tirinya kerana tak pernah sekali pun mengeluh membesarkannya dan adalah orang yang paling happy bila dapat keputusan yang cemerlang.

1 14
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, setiap kisah indah tak selalunya mempunyai pengakhiran yang indah kerana jodoh abah dan ummi tidak panjang. Mereka bercerai semasa Aidiel berusia 10 tahun. Katanya,

“Aku sedih sangat. Rindu dekat dia. Dia je bapak yang ada dalam otak aku. Bapak kandung aku? Dia tak teringin pun nak tengok aku membesar.”

Sebenarnya, tujuan utama Aidiel membuka cerita ini adalah untuk mengesan keberadaan abahnya itu dan meminta tolong orang ramai untuk memaklumkan kepadanya sekiranya mengenali bapa tirinya itu.

Diy3 Bpu0Aaun4I
sumber: twitter

Malangnya, dalam update terbaru, Aidiel memberitahu bahawa abahnya itu sudah pun meninggal dunia pada tahun lepas sebab sakit yang tidak dinyatakan.

G
sumber: twitter

Aidiel bagaimanapun tetap bersyukur kerana mempunyai seorang bapa tiri yang melayannya macam anak sendiri walaupun nikmat yang diberi hanyalah seketika.

2 12
sumber: twitter

Aduhai, sedih pulak baca kisah Aidiel. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman…

Baca: Kata-kata Semangat Mufti Wilayah Buat Ibu Bapa Adam Rayqal

Page Baby 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.