in

“Kena main batu seremban ke?” – Trailer Squid Game Versi M’sia Raih Perhatian Netizen, Maszlee Malik Pun Ada!

Page 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, siri Squid Game sememangnya sudah menjadi satu fenomena bukan saja di Malaysia, malah di serata dunia. Siri dari Korea Selatan ini dilihat menarik perhatian ramai untuk dijadikan parodi, adaptasi, malah menjadi tarikan di pusat beli belah.


Baru-baru ini tular di laman Facebook Cineplus Asia berkenaan trailer bagi filem pendek tempatan yang nampaknya begitu serupa dengan siri Netflix itu.

Cineplus Original: Taruh Short Film Trailer

Ramai yang bertanya bagaimana sekiranya terdapat Squid Game versi Malaysia. Kami mendengar.Cineplus Asia mempersembahkan, "Taruh", sebuah filem pendek Cineplus Original, diinspirasikan oleh siri popular Netflix, Squid Game , arahan Ayez Shaukat Fonseka – lakonan Intan Ladyana, YB Maszlee Malik, dan superstar APAC Wrestling seperti Nor Phoenix Diana, Azwan Serigala, Gotham, Double K dan personaliti Cineplus Asia, Aqinna B serta ramai lagi! Bila anda terdesak, adakah anda berani untuk mempertaruhkan nyawa anda dengan bermain permainan traditional Malaysia?TARUH akan ditayangkan di Facebook Cineplus Asia pada 28 Oktober nanti!#squidgame #squidgamemalaysia #cineplus #cineplusoriginal #taruh #Quinmedia #Quicksent

Posted by Cineplus Asia on Wednesday, October 20, 2021

Filem pendek berjudul Taruh itu diadaptasi daripada siri Squid Game, dibintangi oleh pelakon popular Intan Ladyana dan beberapa personaliti dari APAC Wrestling. Lebih mengejutkan, bekas Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik turut membintangi filem pendek ini.

Walaupun kostum yang dipakai oleh barisan pelakon Taruh ini majoritinya nampak sama dengan siri asal, tapi corak pada topeng pengawal permainan bagi filem pendek ini agak unik kerana ia diadaptasi dari jalur gemilang. Ada yang pakai corak bintang, bulan dan jalur.

Melalui kapsyen pada video tersebut, para peserta dalam filem pendek ini akan menaruh nyawa mereka sendiri dengan memainkan permainan tradisional tempatan. Namun, kita masih belum dapat mengagak permainan apakah yang bakal tampil.

Kalau dah namanya tradisional, boleh jadi mereka akan bermain batu seremban, konda kondi atau galah panjang, kan?

Trailer berdurasi seminit sembilan saat ini menerima pelbagai respon dari netizen bukan saja di Facebook, malah di laman Tiktok juga. Rata-rata netizen berpendapat bahawa ia terlalu mencuba untuk tiru siri Squid Game.

Whatsapp Image 2021 10 25 At 10.21.31

Whatsapp Image 2021 10 25 At 10.21.31 1

Ada juga yang menyokong usaha ini dan mengatakan ia sesuatu yang baru dalam industri seni tempatan.

11 1

Whatsapp Image 2021 10 25 At 10.21.31 222 1

Apa pendapat korang? Korang rasa permainan tradisional apa yang sesuai untuk Squid Game Malaysia ni?

BACA: “Kami tersilap ambil design yang dah guna” – Show Terbaru Dari China Dikecam Teruk Lepas Didakwa ‘Ciplak’ Squid Game

3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.