in

“Kena buat pelajar suka kita dulu” – Cikgu Sejarah Mengajar Pakai Baju Zaman Kuno Nak Raih Perhatian Murid Curi Tumpuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa sekolah dulu mesti salah satu subjek sejarah adalah matapelajaran yang paling mengantuk kan? Masa ni, murid belakang tidur, tengah-tengah pura-pura fokus yang depan je dengar.


Cikgu-cikgu ni sebenarnya tahu je yang korang tu acah-acah fokus, cuma dia pun dah tak tahu nak buat apa.

Tapi lain pula dengan Safwan Jebat, dia akan pastikan murid-muridnya fokus dengan matapelajaran tersebut dan sanggup melakukan apa jua cara untuk pastikan mereka lulus dengan cemerlang.

 

Kalau nak pelajar suka matapelajaran sejarah, kena buat mereka suka dengan kita dulu.”

https://twitter.com/awanjebat/status/1112611289128296448?s=21

Bagi Safwan, salah satu cara untuk membuatkan murid tersebut untuk menyukai matapelajaran yang diajar adalah dengan menambat hati pelajar untuk suka dengan cikgu tu dulu.

Ya lah kadang-kadang, kalau cikgu tu asyik nak marah ajar matapelajaran Bahasa Melayu sekalipun orang tak nak kan?

Itu sebablah dia mengambil satu inisiatif dengan memakai baju ala-ala zaman prasejarah sambil berdiri di atas meja di luar kelas.

Menurutnya idea mula tercetus apabila dia mengimbau masa zaman dia jadi murid dahulu. Masa dia kecil-kecil dulu, dia akan belajar sejarah dan cuba adaptasi situasi tersebut menjadi reality untuk senang faham.

Itulah penyebab idea dia tercetus untuk membuat tindakan sedemikian untuk naikkan mood pelajar berada pada zaman tersebut.

“Masih banyak lagi kekurangan masih boleh diperbaiki. One of many reasons why I love teaching is because I can make my childhood technique to learn history into a reality where my kids can experience berada di era tersebut.”

Hmm, kalau admin perhatikan mesti dia mengajar pelajar topik pra sejarah. Mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 seingat admin. Heheh betulkan kalau salah.

 

Kenapa cikgu sejarah aku tak macam ni – Netizen

Sudah semestinya netizen terpukau melihat idea kreatif yang cikgu ni lakukan. Admin tunggu juga kalau masuk bab Puteri Hang Li Po, Cik Siti Wan Kembang, Tun Teja, nak tengok dia pakai macam mana. Haahha!

Kalau lah cikgu sejarah admin dulu macam ni memang dah cemerlang dah result. Huhuhuhu!

 

Baca : Dia risau sbb dia tak discharge lagi” – Respect! Cikgu Gigih Tanda Kertas Exam Dalam Wad

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.