in

Kemelut Politik Tidak Akan Berlaku Jika PAS Jadi Calon PM – Ketua Pemuda UMNO Terengganu

Ft Pemuda Umno Terangganu Kata Pas Layak Jadi Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah masuk hari kelima kemelut parlimen tergantung ini berlarutan, bermacam-macam pendedahan dibuat selepas parti diarahkan menghadap Yang Dipertuan Agong semalam dan kelmarin, bahkan ramai juga yang tampil memberikan pendapat mereka termasuklah Ketua Pemuda UMNO Terengganu ini.


Memetik laporan Sinar Harian, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, kemelut pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri ke-10 ini tidak akan berlaku seandainya calon tersebut dalam kalangan pemimpin PAS.

 

PAS paling banyak kerusi

Menurut Tengku Haphiz, ini kerana parti tersebut telah meraih jumlah kerusi Parlimen paling banyak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

Namun begitu, keputusan takkan berubah memandangkan PAS telah bersetuju dengan Perikatan Nasional (PN) bahawa hanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri.

Screenshot 2022 11 24 105359

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebaliknya dilihat gagal memahami hasrat dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu menyelesaikan kemelut politik negara dengan mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan.”

“Hasrat Seri Paduka Baginda ditolak dengan alasan PN tidak boleh berkompromi bersama Pakatan Harapan (PH) kerana tidak sehaluan dalam soal ideologi pembangunan politik masing-masing.”

“Sedangkan, apa yang dimahukan Baginda merupakan suatu pendekatan baharu dalam menterjemahkan sebuah solusi yang berkesan.”

“Jika tidak, sampai ke hujung penggal pun tiada sebuah gabungan parti politik yang mampu untuk membentuk kerajaan.”

Screenshot 2022 11 24 105603

Dalam pada itu, Tengku Haphiz turut berkata kesemua 30 Ahli Parlimen BN yang dipilih oleh rakyat dalam PRU15 sama haluan dan mereka menegaskan bahawa mereka selesa dengan blok pembangkang.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan bahawa ketika ini mungkin pada hemah Baginda, BN boleh menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam krisis politik.

“Justeru, kami mohon supaya apa yang disuarakan oleh kesemua Ahli Parlimen (BN) itu nanti perlu sebagai sebuah jemaah. Bawalah pandangan yang mengikuti hasrat akar umbi parti.”

“Lima juta ahli BN yang juga rakyat Malaysia tidak mahu keputusan yang dibuat untuk negara nanti hanya mementingkan soal peribadi semata-mata.”

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini akan mengadakan satu perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayui Istana Negara.

Apapun kita sama-sama tunggu keputusannya nanti.

Baca : PRU15 : Agong Anjur Perbincangan Khas Raja-raja Melayu Esok

Ft Agong Adakan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.