in

PRU15 : Agong Anjur Perbincangan Khas Raja-raja Melayu Esok

Ft Agong Adakan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekeliruan dalam memilih Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas dilihat seperti belum menemui jalan penghujungnya hari ini.


 

Bakal adakan perjumpaan dengan Raja-raja Melayu esok

Terbaru, pihak Istana Negara telah membuat satu kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengesahkan bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 10 semalam.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses tersebut selaras dengan PErkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan supaya KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.”

Malah berdasarkan sesi hari ini, YDP Agong telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok (Khamis, 24 November 2022).

Menurut baginda, perbincangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Oleh itu, Agong menyeru agar seluruh rakyat bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

Baca : PRU15: BN Mohon Tangguh Menghadap Agong Hari Ini, Kekal Tak Sokong PH & PN

Bn Minta Tangguh Jumpa Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.