in

‘Kembali ke medan perang’ – Bersara 10 Jun Lalu, Datuk Dr Rohaizat Yon Dipanggil Semula Bantu KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat ‘sirih pulang ke gagang’,  bekas Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Rohaizat Yon telah kembali semula ke medan ‘perang’ untuk bersama-sama dengan KKM membasmi Covid-19 di negara kita


Kemunculannya ketika sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya petang semalam turut diperakui oleh ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Difahamkan, beliau dipanggil berkhidmat semula secara kontrak adalah bagi membantu KKM ‘berperang’ serta mengawal penularan jangkitan COVID-19 yang masih belum tamat.

Menurut Awani, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham turut memberitahu Dr Rohaizat akan menyambung perkhidmatannya sehingga akhir tahun ini.

Terdahulu, beliau telah menamatkan kariernya dalam dunia perubatan bersama KKM pada 10 Jun lalu setelah 35 tahun berkecimpung dalam kementerian tersebut.

Semoga kembalinya Dr. Rohaizat ke ‘pangkalan’ KKM akan memperkukuhkan lagi usaha negara untuk pulih semula daripada wabak satu hari nanti.

Baca: ‘Contoh Terbaik’ KKM Beri Contoh Kluster Sivagangga Adalah Kesan Jika Kita Langgar Dan Ingkar Arahan Kerajaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.