in

‘Contoh Terbaik’ – KKM Beri Contoh Kluster Sivagangga Adalah Kesan Jika Kita Langgar Dan Ingkar Arahan Kerajaan

Gambar Hiasan 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun kadar kes Covid-19 berada di paras yang masih boleh dikawal, namun kluster Sivagangga masih hangat diperkatakan sebagai punca kadar kes Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan juga antara kluster paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes kluster ini telah meningkat akibat ingkar arahan HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sejarah Kuster Sivangangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. Namun begitu, Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes Covid-19 di Tamil Nadu.
2 6
Menurut KKM lagi, Kluster ini adalah contoh teladan terbaik jika kita ingkar atau melanggar arahan kerajaan. Akibat daripada kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehinggakan beberapa buah sekolah dikawasan itu terpaksa ditutup.
Namun, KKM bersuara bahawa ini bukan lagi masa menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku sepatutnya dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM.

Dari Sivagangga ke Napoh, akhirnya TEMCOKluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Ahad, 9 Ogos 2020

KKM turut sempat berpesan melalui laman sosial mereka, agar langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan.

So guys jangan tuding jari dekat sesiapa dan patuhi SOP bagi mencegah wabak ini dari terus berleluasa bersama-sama.

Baca: Akan diumum nanti – KKM Kaji Cadangan Pelajar Pakai Mask Kain, Purdah Pelindung Muka di Sekolah

A 9

Sumber: Google Map

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.