Setakat jam 11.59pm semalam, angka kematian Covid-19 di Malaysia telah pun melepasi 27,000 selepas 132 kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan adalah sebanyak 27,113 termasuk 5,450 brougt in dead (BID).
Untuk pengetahuan korang, menurut portal Kementerian Kesihatan CovidNow, angka kematian sebanyak 132 yang dilaporkan semalam turut termasuk 26 kes BID.
Bagaimanapun, menurut data yang dikongsikan, angka sebenar kematian pada 7 Oktober adalah satu dan ianya merupakan pesakit yang telah pun dimasukkan ke dalam hospital.
Ini menjadikan kadar kematian sejak dua minggu yang lepas adalah sebanyak 4.5 kematian untuk setiap 100,000 orang.
Pulau Pinang telah merekodkan angka kematian tertinggi dalam jangka masa dua minggu dengan 11.1 peratus kematian setiap 100,000 orang diikuti Perlis (10.2) dan Sarawak (6.6).
Ini diikuti dengan Johor (6.2 peratus), Perak (5.3), Kelantan (5), Terengganu (4.7), Kedah (4.4), Melaka (3), Pahang (2.7), Klang Valley (2.1), Selangor (2.1), Kuala Lumpur (1.9), Labuan (1) dan Negeri Sembilan (0.9).
Majoriti kematian belum terima vaksin
Setakat semalam, majoriti kematian (51.5%) akibat Covid-19 sejak dua minggu lalu merupakan orang yang tidak divaksin.
Manakala 15.2 peratus merupakan orang yang menerima satu dos vaksin dan 33.2 peratus melibatkan orang yang dah menerima vaksin lengkap.
Selain itu, data turut menunjukkan yang majoriti orang yang meninggal akibat virus ini adalah individu yang berumur 60 tahun dan ke atas (66%). 32.8 peratus dari kematian adalah orang berusia 18 ke 59 tahun diikuti kanak-kanak berusia 0 ke 11 tahun (0.4%) dan 12 ke 17 tahun (0.1%).
Sementara itu, KKM turut melaporkan sebanyak 827 pesakit kini sedang dirawat di ICU seluruh negara dan 445 dari mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Baca: Kes Tunjuk Penurunan 4 Angka Dua Hari Berturut-turut Tapi Kes Di Kelantan Naik Mendadak