Selalu kalau dekat grup Facebook Kisah Rumah Tangga, kita selalu dihidangkan dengan cerita-cerita sedih pasangan curang je kan?
Tapi kali ni memang lain dari yang lain, seorang wanita telah kongsikan macam mana dia handle suaminya yang cuba minta izin untuk kahwin dua di Facebook hingga tular di media sosial.
Wanita ini memulakan kisahnya dengan memberitahu bahawa suaminya telah curang dengan janda anak satu. Dia tahu tentang kecurangan suaminya ini apabila janda itu sendiri call dan whatsApp meminta izin supaya benarkan suaminya bernikah satu lagi.
Bila wanita ni tanya suaminya, lelaki itu mengiyakan. Wanita tersebut kemudiannya meminta tempoh tiga hari untuk bersedia.
“Tiga hari lepas tu, aku jumpa perempuan tu sama-sama dengan laki aku. Duduk semeja kat restoran mahal kalau tiga orang makan mahu dekat RM200 aku rasa.”
Wanita ini dengan tenangnya order makanan dan air dan dia membiarkan pasangan yang sedang hangat bercinta itu kenyangkan perut terlebih dulu. Habis makan, wanita ini mula susun pinggan ke tepi dan bertanya kepada perempuan tu, betul ke dia nak sangat kahwin dengan suaminya.
Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii amboi suka hang nak amik laki kami.”
Tanpa buang masa, wanita ini keluarkan slip gaji suamminya dan terangkan selepas potong itu ini, gaji lakinya hanya tinggal RM800. Kemudian…
“Aku bawak keluar pulak geran keta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motor pun atas nama aku haij. Laki aku takdak reta (harta) apa pun.
Aku cakap agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? Tak payah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta dah sayang muhong aih.”
Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah mmg kami bagi penerajang dua2.”
Bukan setakat tu je, wanita ni juga siap cakap yang suaminya hanya bagi nafkah RM100 ke RM200 je setiap bulan, itu pun minta balik. Aduhhh
Namun wanita ni berkata, kalau teman wanita suaminya ini redha dapat RM10 je setiap bulan, ikutlah. Kemudian wanita ni suruh suaminya dan janda tersebut untuk fikir semula betul-betul.
Nih kami baru bukak pasal zahir, batin kami tak bagitahu lagi kot 2 minit ka tahan, sebulan sekali ja mampu tu ampa tak tau lagi.”
Lepas dia cakap semua benda ni, wanita ini suruh pasangan tersebut ambil grab sebab kereta dekat luar tu dia punya. Lagi pun, dorang kenalah biasakan dari awal…
Wanita ini menambah lagi, ketika nak tinggalkan suaminya, dia boleh tengok muka pasangan tu berubah “dari sengih merenyam jadi muka dia macam ayam tercekik jagung seketoi”.
“Aku balik tidur, esok bangun2 laki aku cakap dah tak jadi nikah, dia mintak maaf teriak laa dia minta ampun mintak nyawa tobat sampai syurga kata dia. Baru ada akai.
“Perempuan tu pun duk wasap cakap xsanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf puihh la hang.”
Aku cakap kat laki aku, kalau lepas ni xsedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampai kat ruang tamu, dapur, toilet. Silap-silap aku buat profile picture fb, wasap semua. Baru padan muka hang.”
Nak baca cerita penuh korang boleh tengok kat bawah ni.
Hahaha kelakar terus cakap isteri dia ni handle. Ha, baru tahu. Gatai lagi!
Baca: Wife Busy Rancang Wedding Anniversary, Tapi Suami Kahwin Lain!