in

“Keluarga saya di*gut & kena cyberbully” – Doktor ‘Kena Cekup’ Dengan Isteri Orang Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

ft doktor digantung tugas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes tular mengenai seorang lelaki ‘cekup’ isterinya curang dengan seorang doktor dalam kereta baru-baru ini menjadi tumpuan netizen termasuklah majikan kepada doktor tersebut.

Berikutan isu itu, difahamkan pihak JCI Kota Bharu telah pun bersuara mengenai isu ini susulan terkena tempias kecaman netizen akibat perbuatan doktor tersebut.


Artikel bekaitan : “Sebab duit sanggup gadaikan maruah” – Suami Cekup Isteri Curang Dengan Doktor Dalam Kereta

Artikel berkaitan : Penyanyi Nasyid Didakwa Curang Dengan Isteri, Ada Hubungan Sulit Bersama Anak Ahli Politik Sejak Setahun Lalu?

 

Kena gantung tugas

Menerusi hantaran di Facebook, JCI Kota Bharu telah bertindak menggantung tugas doktor tersebut yang menyandang jawatan sebagai presiden di situ.

“Berikutan situasi yang berlaku, Presiden JCI Kota Bharu 2025 Dr Wong Lu Yang telah digantung daripada menjalankan tugasnya. Mulai sekarang, JCI Kota Bharu akan diketuai sementara oleh Immediate Past President kami, Tan Zhi Qian (Presiden 2024).”

Di samping itu, JCI Kota Bharu akan membuat semakan secara dalaman untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada individu yang terlibat. Malah, organisasi tersebut juga memohon agar orang ramai berhenti menyerang mereka kerana ia telah menjejaskan semangat kesukarelawan dan khidmat masyarakat yang JCI Kota Bharu perjuangkan.

539430109 758470153607712 2393473090249048565 n

Keluarga terima ugutan, Dr Wong buat laporan polis

Berikutan dengan insiden tersebut, doktor terbabit, Dr Wong Lu Yang menyatakan dia dan seluruh keluarga menerima ugutan dan menjadi mangsa buli siber di media sosial. Malah Dr Wong mendakwa bahawa maklumat peribadinya juga turut terdedah di khalayak umum.

“Kandungan palsu dan berbahaya, termasuk wajah saya, ahli keluarga saya, rakan dan organisasi yang saya terlibat, serta nombor telefon saya telah dikongsi tanpa kebenaran saya.”

“Saya telah membuat laporan polis, dan saya berhak untuk mengambil tindakan di bawah undang-undang Malaysia terhadap mereka yang menyalahgunakan data peribadi saya, menyiarkan kandungan berunsur fitnah atau mengganggu keluarga saya.”

 

Mohon maaf secara terbuka kepada orang awam

Dr Wong juga turut membuat permohonan maaf secara terbuka dan menegaskan bahawa isu yang terjadi kepadanya ini tidak seharusnya melibatkan organisasi, rakan dan ahli keluarganya. Dr Wong juga terbuka untuk berikan kerjasama sepenuhnya.

“Saya dengan tulus memohon maaf kepada orang ramai atas isu ini. Ini adalah urusan peribadi dan tiada kaitan dengan mana-mana organisasi, persatuan, rakan atau ahli keluarga. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya sedia memberi kerjasama sepenuhnya. Terima kasih.”

Dalam hantaran lain, Dr Wong menjelaskan bahawa dia dalan keluarga dalam keadaan baik sahaja, namun tidak menafikan bahawa isterinya yang berduka dengan apa yang terjadi dan ia membuatkan dirinya rasa bersalah dan sedih.

“Terima kasih kawan-kawan dan keluarga atas keprihatinan mereka, keadaan berjalan lancar, saya sudah bersedia dengan keluarga 2-3 bulan lalu apabila kami enggan berkompromi dan memeras ugut. Kami baik-baik saja. Hanya luka yang diterima isteri, membuatkan saya rasa bersalah dan sedih.”

Sumber : JCI Kota Bharu, Dr Wong Lu Yang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.