in

Keluarga Pasangan Maut Dirempuh Pemandu 16 Tahun Mahu Tuntut Keadilan Di Mahkamah

Keluarga Pasangan Maut Dirempuh Pemandu 16 Tahun Tuntut Keadilan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berlaku satu kejadian menyayat hati pada Sabtu lalu, dua pasangan yang dilaporkan bakal menjalinkan pertunangan pada Disember ini maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang.

Susulan kejadian itu, keluarga pasangan maut bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian mangsa di mahkamah.


Perkara itu dimaklumkan kakak kepada mangsa lelaki, menyatakan sudah melantik peguam bagi membantu menguruskan kes kematian adiknya.

Dakwanya, mereka belum menerima apa-apa permohonan maaf daripada keluarga remaja yang memandu kereta itu.

Artikel berkaitan: Tiada Lesen & Tak Bersekolah, Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Maut

81699702133 Tbkemalangan

“Sejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut

“Kalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti.

“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,” katanya.

Dalam pada itu, keluarganya juga berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur.

“Emak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham de­ngan situasi yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Dilaporkan, remaja terlibat nahas itu memandu kereta ibunya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan polis mendapati remaja tersebut tidak mempunyai sebarang lesen memandu dan masih bersekolah.

Setakat ini, polis mengeluarkan saman ke atas ibu remaja terbabit kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.