fbpx
in

“Keluarga diutamakan” – Khabib Umum Persaraan, Ingin Teman Ibu di Kampung

1Khabib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov, pemain UFC beragama Islam dari Russia. Malam tadi beliau mencatatkan satu lagi kemenangan selepas menewaskan Justin Gaethje dan mengekalkan rekod tanpa kalah beliau sebanyak 29 perlawanan.

Namun, selepas perlawanan itu, Khabib mengumum persaraannya dari arena UFC dan mahu fokus lebih masa bersama keluarganya di kampung. Juara lightweight UFC itu membuat keputusan untuk bersara ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya.


Screenshot 2020 10 25 At 12.46.08 Pm
Sumber: google image
Petarung berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje itu adalah pertarungan terakhir untuknya.
Menurut Astro Awani, Khabib dalam satu temubual berkata beliau terpaksa berbincang selama 3 hari selepas dipanggil untuk bertarung menentang Justin. Beliau juga berjanji dengan ibunya, perlawanan dengan Justin ialah yang terakhir.
Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya”
Khabib juga memberi bayangan beliau tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisinya. Ini kerana, ayahnya itu turut memainkan peranan besar melatih dan menjadi guru serta pendorong untuknya ketika di gelanggang pertarungan.
Screenshot 2020 10 25 At 12.53.35 Pm
Sumber: instagram @khabib_nurmagomedov

Dalam pertarungan yang berlangsung di Abu Dhabi itu menyaksikan kemenangan Jaguh UFC dari Dagestan itu ke atas Justin Gaethje, sekaligus mengekalkan kejuaraan Lightweight UFC dan rekod tanpa kalah sebanyak 29 perlawanan.

 

Baca: “My brother, Insya Allah” – Cristiano Ronaldo Pilih Khabib, Yakin Menang UFC 254

Screenshot 2020 10 25 At 1.00.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top