in

“Keluar kail dari kaki”- Menakutkan! Wanita Disihir Kerana Orang Dengki Produk Jualan Laris

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kejayaan mesti akan diselit dengan dugaan-dugaan yang mendatang sebelum dapat rasa kemanisan kejayaan itu.


Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Aida Suriyanti Abdullah yang berumur 33 tahun itu apabila dia disihir sejak tahun 2017 selepas produk jualan laris di pasaran.

Ih

Menurut mStar, Aida bukan sahaja disihir, malah dia juga berhadapan dengan peristiwa mistik yang cuba merasuk dirinya untuk buat benda bukan-bukan seperti tikam suami dan campak anak.

“Makin hari makin teruk. Saya dengar bisikan di telinga yang suruh saya tikam suami, campak anak dan sebagainya.”

Tak mampu menanggung perit itu lagi, wanita tersebut tekad balik ke kampung untuk berubat dengan ustaz seperti yang apa yang dipesan oleh ibunya.

“Saya berubat di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak. Sekarang dah OK sikit.”

Walaupun dalam keadaan yang tidak stabil itu, Aida masih kuat untuk meneruskan perniagaannya itu dengan sokongan daripada keluarga dan suaminya.

 

Macam-macam keluar dari badan

Mesra disapa sebagai Mekda, wanita ini bercerita pengalaman ngeri dia ketika berubat dengan ustaz. Katanya, macam-macam benda tajam yang keluar dalam tubuh badannya tanpa ada setitik darah pun. Memang menakutkan!

“Paku, mata kail, miang buluh keluar dari bahagian kaki. Ustaz pernah juga keluarkan duit syiling dan tanah busuk dari bahagian belakang badan saya.”

Urh

Fhgh

Wanita ini turut berkongsi video proses rawatan yang dijalaninya di Tiktok pada 3 Mac lalu untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan sihir.

@aidaabdullah22

Sihir tu makanan untuk orang yang dengki & hatinya gelap bila melihat kejayaan orang lain. #sihir #kawanmakankawan #pengajaranuntuksemua #Redha

♬ Ayat Cinta Dari Tuhan – The Helmis

Dalam tempoh menjalani rawatan itu, Mekda melakukan penghijrahan dan mula memakai niqab sebagai sebahagian daripada pakaiannya ketika keluar.

 

Harap pelaku bertaubat

Wanita ini redha diuji dengan dugaan yang berat oleh Allah dan beranggapan bahawa ujian ini didatangkan untuk memberi peringatan kepada dirinya juga.

“Mungkin saya lupa diri masa produk tengah naik, jadi Allah nak tegur saya.”

Ada

 

Mekda hanya berfikiran positif dan memaafkan sahaja sesiapa yang menghantar sihir kepada dirinya dan cuma berharap Allah beri hati yang baharu yang lebih suci kepada pelaku untuk mulakan hidup baharu tanpa ada sebarang hasad dengki kepada sesiapa lagi.

Kita doakan lah supaya Mekda sentiasa kuat menghadapi dugaan yang diberikan dan kepada si pelaku, ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka.

 

Sumber: mStar

Baca:“Saya tak tahu apa salah saya pada awak”-Andi Bernadee Disihir, Jumpa Katak Kering Atas Bumbung &Tekak Muntah Paku

Capture 28

Sumber: mStar
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.