in

Keluar Bilik Kuarantin 8 Saat Je Pekerja Migran Di Taiwan Kena Denda Lebih RM 14,000

Taiwan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Undang-undang kuarantin di Taiwan jauh lebih tegas berbanding kita, mereka takkan ada kompromi walaupun korang keluar sekejap walaupun tak sampai 10 saat masa kena kuarantin. Tak kisahlah sengaja atau tidak.


Ia memang terjadi sendiri kepada seorang lelaki dari Filipina yang merupakan salah seorang kakitangan migran di sebuah hotel di Taiwan.

Keluar biliik tak sampai 8 saat pun dia didenda sebanyak $3,540 atau 100,000 New Taiwan dollars (lebih daripada RM 14,000) oleh Jabatan Kesihatan Taiwan kerana melanggar arahan.

 

Keluar bilik 8 saat

Taiwan2

Tindakannya itu dapat dikesan menerusi rakaman CCTV. Menurut laporan Huffpost, lelaki yang tiba di bandar pelabuhan selatan Kaohsiung bulan lalu itu diarahkan untuk menjalani sesi kuarantin secara ketat selama 14 hari.

Dia melanggar arahan itu pada 13 November lepas apabila keluar sekejap dari bilik hotelnya untuk pass barang dekat kawannya yang juga dikuarantinkan selang beberapa bilik dia tinggal.

Lapor CNN, di Taiwan, sesiapa yang diarahkan untuk kuarantinkan diri tidak dibenarkan sama sekali keluar walau apa pun sebabnya.

Taiwan

Jadi, tindakannya itu dianggap serius kerana, pelancong yang memasuki negara itu harus dipantau kerana ada lonjakan kes baru Covid-19 sebanyak 24 kes Covid-19 pada 30 November 2020 lepas. Lapor Taiwan News.

Pada Mac lepas, Pusat Kawalan Penyakit di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan di negara tersebut telah menetapkan bahawa sesiapa yang melanggar perintah berkurung, boleh dikenakan denda sehingga 1 juta New Taiwan dollar (RM 142,275.00).

Malah pihak kerajaan Taiwan juga telah menetapkan peraturan wajib memakai pelitup apabila berada di luar. Jika gagal mangikuti arahan, boleh didenda antara RM430 dan RM 2,158. Lapor Nextshark.

 

Baca : Pergi Kerja Sambil Pakai Gelang Pink Lepas Balik Sabah, Lelaki Dipenjara 14 Hari & Denda RM1,000

Denda

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.