in

Kelibat Wanita Misteri Berjubah Putih Resahkan Penduduk, Datang Ketuk Pintu Rumah Minta Sumbangan

F1 White Cloth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini pernah viral di media sosial kita tentang kejadian misteri ketuk pintu di beberapa kampung di Malaysia, kali ini ada pula kisah yang hampir sama terjadi di Lampung, Indonesia.

Menurut Tribunnews, baru-baru ini penduduk di kampung itu digemparkan dengan kedatangan seorang wanita misteri berpakaian serba putih dan berpurdah yang mengetuk pintu rumah penduduk.


@lampunggeh

Beredar di media sosial seseorang yang belum diketahui identitasnya mengenakan pakaian serba putih dan kacamata hitam di Desa Tambah Sari, Gading Rejo, Pringsewu, Lampung.Berdasarkan informasi yang dihimpun, manusia berjubah serba putih itu meminta-minta sumbangan tanpa berbicara. Meskipun tak mengancam nyawa, warga sekitar menjadi geger karena aksi yang tak biasa itu. #fyp #pringsewu #lampung

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Bukan itu sahaja, wanita misteri berkenaan juga dikatakan telah meminta sumbangan daripada penduduk walaupun pada waktu lewat malam.

Dia turut memakai cermin mata hitam, mungkin agar tidak diketahui identitinya. Video dan gambarnya yang sempat dirakam oleh penduduk kemudiannya telah tular di media sosial dan meraih perhatian daripada netizen Indonesia.

White Cloth 3

Rupa-rupanya, setelah disiasat oleh pihak polis di sana, wanita yang dikenali sebagai Nurhayati itu bukanlah seorang yang mempunyai niat jahat, sebaliknya dia meminta sumbangan dari penduduk gara-gara dirinya yang berhutang dengan sebuah aplikasi pinjaman wang secara dalam talian.

Selain itu, dia yang juga seorang ibu tunggal dikatakan menghidap masalah depresi.

https://www.tiktok.com/@saaaharaa/video/7097637988879961370?referer_url=https%3A%2F%2Fm.tribunnews.com%2F&referer_video_id=7097637988879961370&refer=embed

Ketika ditanya mengapa dia memilih untuk memakai pakaian serba putih ketika ke rumah-rumah penduduk, difahamkan dia memang dah pakai macam tu sejak bercerai dengan suaminya.

Jadi, pemilihan pakaian serba putih itu bukanlah untuk menakutkan penduduk di kampung tersebut.

White Cloth 2

Tapi, kalau kita pun mesti akan terkejut jugak kan kalau buka-bukak je pintu rumah, nampak ada orang pakai baju serba putih, lebih-lebih lagi kalau malam. 

Sumber: Tribunnews

Baca: “Esok pagi tengok pinggan ada cacing”- Netizen Kongsi Pengalaman Seram Makan Di ‘Restoran Mistik’

White Cloth 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.