in

“Kelengkapan pun moden” – Bandar Rawabi Jadi Bandar Pertama Ilham & Ciptaan Dari Rakyat Palestin Sendiri

Featured Image Palestine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut kepincangan antara Palestin dan Israel memang sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya.


Saban tahun ada sahaja perkara buruk yang dilakukan oleh Israel terhadap negara Palestin.

Namun begitu, walaupun Palestin sering ditindas oleh Israel, tapi rakyat negara itu tidak mudah berputus asa terutamanya dalam membangunkan negara mereka sendiri.

Tular di laman Twitter mengenai sebuah bandar terancang dipercayai dibina dalam negara Palestin itu sendiri.

Bandar yang dikenali sebagai Bandar Rawabi adalah bandar pertama yang dirancang dan dibina oleh rakyat Palestin untuk menandingi bandar-bandar yang dibina oleh Israel.

Bandar ini juga dikatakan terletak di kawasan bukit tandus di Utara Ramalllah.

Epwlt9Kvaaaaq36
Sumber: twitter

Bandar Rawabi juga dikatakan telah mula dirancang pada sekitar tahun 2007 oleh seorang usahawan Palestin iaitu Bashar Al-Masri dengan bantuan dana dari Qatar.

Epwlt6 Vuaahpig
Sumber: twitter

Bandar ini berkeluasan 650 hektar, dan mula dibina pada tahun 2010 dengan infrastruktur yang moden dan kemudahan yang serba mewah.

Epwlvcyueaas 8
Sumber: twitter

Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang dibekalkan dalam bandar ini. Antaranya ialah pusat beli belah, pusat sukan ekstrem berkapisiti 15,000 tempat duduk, pawagam dan zon perumahan dengan reka bentuk simetri.

0E75De228E0E1052Cb6Ca4401A2715B1Bf490B6C
Sumber: twitter

Tapi bagaimanapun, masih banyak lagi bangunan dalam bandar tersebut yang belum lagi berpenghuni dan beroperasi.

Namun sehingga kini, hampir 10 ribu rakyat Palestin dikatakan mengunjungi bandar itu pada setiap bulan. Bukan itu sahaja, turut dikatakan sehingga kini kira-kira 3 ribu orang sudah mendiami Bandar Rawabi tersebut.

1564062271 1200X630 1
Sumber: twitter

Wah, sungguh terancang bandar ni. Semoga negara Palestin semakin berkembang maju.

 

Baca: “Ingatkan isteri dia zina dengan orang lain” – Dipenjara Sejak 2009 Tapi Banduan Palestin Dapat Anak, Rupanya…

Ouhin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.