in

Kelantan, Perlis & Terengganu Dijangka Masuk Fasa 2 Minggu Depan, Tiada Lagi ‘Total Lockdwon’

Fi Tl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula minggu depan, beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Menurut sumber Pentadbiran di Putrajaya telah membuat keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri, setelah berpandu kepada nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Tl 1

Perincian mengenai peralihan negeri-negeri itu dah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu lapor AWANI.

“Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes COVID-19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

“Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber.

Oleh kerana kes Covid-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya selepas berdasarkan kepada PPN di peringkat pusat.

Selain itu, langkah lebih khusus akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa ditetapkan, sekali gus berlaku perlonggaran pada aktiviti ekonomi dan sekatan pergerakan. Kerajaan turut dijangka akan mengambil langkah lebih khusus bagi memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Sehingga kini, sumber masih menunggu pengesahan lebih lanjut daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai perkembangan ini.

 

Baca : ‘Total Lockdown’ Dikatakan Akhirnya Menunjukkan Hasil, Kes Harian COVID 19 Turun Ke Angka 5,271

Foot Tl

Sumber: Boo-k

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.