in

Kecoh! Penduduk Sabak Bernam Jumpa Ikan Berkepala Buaya, Ini Penjelasannya…

Ft Ikan Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum habis lagi beberapa minggu lepas dengan insiden misteri ketukan pintu rumah tanpa salam pada lewat malam, kini penduduk di Sabak Bernam ‘dihantui’ pula dengan misteri ikan berkepala buaya yang ditemui nelayan di sini baru-baru ini.


Aik, ikan kacukan buaya ke tu? 

 

Nelayan jumpa ikan berkepala buaya

Ikan Fb

Seorang nelayan pantai terkejut apabila menemui spesis ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang semalam, 15 Disember 2020.

Berita penemuan ‘ganjil’ itu telah dimuat naik di laman Facebook oleh seorang pengguna sehingga tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

 

Spesis Aligator Gar dari Sungai Amazon

Feat Ikan 1

Dalam postingan itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Aizat tersebut telah mendedahkan bahawa spesis ikan tersebut sebenarnya dikenali sebagai ‘Aligator Gar’ yang berasal dari Sungai Amazon yang terletak di Amerika Selatan.

Ini spesis Aligator Gar. Habitat asal Sungai Amazon.

Fuh, ia ‘berenang’ dari Amazon boleh sampai ke Malaysia.

Menurut semakan yang dibuat oleh Sinar Harian, ternyata spesis ikan berkepala buaya yang dimuat naik itu adalah sama seperti gambar yang terkandung pada imej carian Google.

Walau bagaimanapun, penemuan spesis ikan ‘unik’ ini masih dalam proses untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Perikanan.

Feat Ikan 2

 

“The predator of river” – Netizen

Melihat kepada tinjauan komen di media sosial, ada juga daripada netizen yang mendakwa pernah melihat spesis ikan ini sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendedahkan bahawa ikan berkepala buaya ini ‘terkenal’ dalam kalangan pemancing.

“Cuma para pemancing je yang tau nama ikan ni. The predator of river.” 

Fb 1

Fb 2

Fb 3

Agak-agak korang ikan ni berbahaya tak macam aligator sebenar?

Baca: “Spesis rupa pelik dan unik” – Bulan Lepas Obor-Obor Biru Beracun, Kali Ini Penduduk Temui Obor-obor Merah Di Pantai Labuan Baca Pelik

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.