in

Kecoh! 4 Juta Data Rakyat M’sia Milik JPN Dijual Pada Harga RM35 Ribu! Ini Yang Korang Perlu Tahu..

Ft Data Jpn Lhdn Dijual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengguna twitter Adnan Mohd Shukor baru-baru ini mendedahkan bahawa berkemungkinan berlakunya kebocoran data penting yang didakwa kepunyaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melibatkan kira-kira 4 juta rakyat Malaysia.


Difahamkan, pangkalan data yang mengandungi pelbagai maklumat peribadi rakyat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel tersebut telah diiklankan untuk jualan di forum pasaran pangkalan data yang terkenal.

Portal tersebut turut mendakwa ia mengandungi kira-kira empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Difahamkan, pangkalan data yang bersaiz 31.8 GB tersebut mengandungi maklumat yang telah dikumpulkan mengikut tahun kelahiran bermula dari 1979 hingga 1998 dan telah diiklankan untuk dijual pada harga 0.2 BTC, bersamaan sekitar RM35,495!

Selain telah dikelompokkan mengikut tahun kelahiran, pangkalan data tersebut turut mengandungi gambar, keturunan, jantina dan agama pemilik.

Data Jpn Lhdn Bocor

Untuk pengetahuan, my IDENTITY mula diperkenalkan di 10 agensi kerajaan melibatkan JPN, LHDN, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada Jun 2012.

Ianya berfungsi sebagai platform perkongsian data nasional melibatkan pelbagai sektor awam bagi memudahkan agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat peribadi seseorang melalui sistem repositori berpusat.

Selain itu, difahamkan juga penjual sama pernah menyenaraikan pangkalan data yang didakwa dimiliki oleh sebuah laman web e-dagang tempatan selain turut mempunyai data yang diperoleh dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun begitu, menurut laporan Sinar Harian, pihak berkenaan telahpun dihubungi bagi mengesahkan dakwaan ini.

Fuh, data 4 juta pengguna tu bukan sikit tu! Berhati-hatilah semua, mungkin banyak scam selepas ini.

Baca : Taktik Baru! Scammer Sekarang Guna Keputusan Swab Test Covid-19 Untuk Memperdaya Orang

Ft Mesej Scam Tipu Swab Test

Sumber: Lowyat.net

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.