in

Keadaan Fasiliti Asrama Nampak Uzur, Perkongsian Pelajar Universiti Ini Cetus Perdebatan Netizen

Fasiliti Universiti Uzur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasannya, pelajar tahun pertama atau semester pertama akan mendiami asrama yang disediakan oleh pihak universiti.

Namun, tular sebuah video di media sosial oleh seorang pelajar di sebuah universiti terkemuka yang memaparkan keadaan fasiliti asrama yang dilihat begitu uzur dan daif.


Menerusi perkongsian pelajar tersebut, kelihatan bilik asrama yang begitu usang dengan dinding yang bertompok hitam. Selain itu, kipas yang dilekat  atas siling bilik itu juga sudah tidak mempunyai penutupnya.

Masalah dinding juga turut terjadi di kawasan koridor dan juga tandas yang sekali dilihat seperti sudah lama ditinggalkan.

Screenshot 2024 10 01 173312

Manakala, cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.

Perkongsian keadaan asrama yang tidak kondusif itu telah meraih perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan netizen.

Ada yang meminta pelajar terbabit sepatutnya bersyukur dengan keadaan kolej yang diterima kerana ramai lagi yang tidak mendapat tempat di asrama. Malah, ada yang kata fasiliti terbabit sepadan dengan yuran yang dikenakan.

Dalam pada itu, bekas pelajar turut terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang begitu berbeza ketika zaman belajarnya.

Screenshot 2024 10 01 172732 Screenshot 2024 10 01 172745

Bagaimanapun, segelintir pihak tidak bersetuju kerana isu fasiliti juga perlu dititikberatkan jika mahu melahirkan graduan berprestasi tinggi.

Screenshot 2024 10 01 172723Screenshot 2024 10 01 172838

Harap ada penjelasan lanjut daripada pihak universiti mengenai isu ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.