in

“Kau siapa?!” – [VIDEO] Lelaki Naik Angin Bila Ditegur ‘Kenapa Tak Pakai Mask’

Fi Maki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membuat kecoh di sebuah gerai.


Menerusi posting oleh Lyn centino di TikTok, dia dan ibunya dikatakan berniaga nasi lemak, di kawasan Taman Desa, Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, seorang pelanggan lelaki datang dan membeli makanan dari gerai mereka tapi dia dilihat tak memakai pelitup muka. Disebabkan itu, ibunya tegur kepada lelaki berkenaan tak pakai facemask dia tapi lelaki tersebut terus tinggikan suara dan jawab dengan kasar.

Maki 1 Edit

Selepas nampak kejadian tu, datang seorang lelaki pakai baju oren yang dipercayai berbangsa Cina nak backup wanita berkenaan.

Dia datang dan terus cakap kepada lelaki tengah marah tu untuk patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dah ditetapkan

Disebabkan terlampau marah dengan teguran tu, lelaki yang tengah marah tadi terus maki lelaki baju oren tadi. Bukan tu saja, dia siap ugut nak tampar muka lelaki Cina tu sambil keluarkan kata-kata kesat.

Oleh sebab malas nak kecoh-kecoh, wanita berkenaan terus redakan keadaan dan minta lelaki baju oren itu untuk berundur.

Video tersebut jadi perhatian ramai dan sehingga kini mendapat lebih dari 800k views.

Maki 2 Edit

 

“Jangan main2 dengan Covid”‘

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut. Dalam pada itu, ada netizen mencadangkan agar aplikasi MySejahtera mempunyai satu fungsi mudah untuk kita buat laporan kepada pihak berkuasa jika wujudnya golongan sebegini di sekeliling kita.

Reak Maki 1 Edit Reak Maki 2 Edit

Kita jalankan saja tanggungjawab dengan patuh SOP, paling tidak kita dah usaha nak kurangkan penularan Covid-19. Stay safe!

 

Baca : “Mesej maki ni ditujukan untuk orang macam kau!” – [VIDEO] Diva AA Buat Kolaborasi Dengan PDRM, ‘Sound’ Individu Langgar SOP

Foot Maki

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.