in

“Kau duduk bumi mana eh?” – Michael Ang ‘Sound’ Iqbal Bila Namanya Diheret Dalam Drama Marketing?

Ft Iqbal Respon Michael Ang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Iqbal Zulkefli ini nampaknya makin meleret apabila Pengarah dan penerbit Michael Ang turut terpalit dalam ‘drama marketing’ Iqbal.


Perkara itu mula menjadi perhatian selepas Michael Ang ada buat satu kenyataan dengan menggesa seseorang individu untuk tidak membabitkan namanya jika ingin meraih populariti.

 

Ada ku kesah kau kaya ke apa!

Dalam posting tersebut Michael Ang meminta individu terbabit untuk tidak kaitkan dirinya sebagai ‘modal’ untuk menaikkan nama individu tersebut.

“Nak tayang kereta kat muka aku silakan sebab memang boleh sewa kereta tu! Sama juga beli jam beratus ribu suruh siap balut semua tapi yang beli cuma satu yang berpuluh ribu sahaja.”

Terpanggil dengan post ini, Iqbal tampil beri respon dan  meminta untuk Michael Ang semak dengan JPJ berkenaan dengan kesahihan kereta mewahnya dan koleksi jam mewahnya itu.

Iqbal Respon Michael Ang 2

Disebabkan itu, Michael Ang balas semula komen Iqbal dengan mengatakan segala harta yang dimilikinya itu tidak memberikan kesan kepadanya dan menggesa Iqbal untuk tidak heret namanya dalam hal isu mengenai diri Iqbal.

Iqbal Respon Michael Ang

Oleh sebab itu, Iqbal membalas semula dengan menyatakan bahawa dirinya petik nama Michael Ang kerana mendakwa bahawa dirinya menjadi sebutan beberapa kali.

Dia juga menyatakan bahawa dirinya begitu kagum dengan Michael Ang, namun dirinya terpanggil untuk membidas Michael Ang kerana dakwa dirinya difitnah.

Iqbal Respon Michael Ang 3

Kenyataan itu kemudiannya disangkal oleh Michael Ang dengan menafikan bahawa hanya sekali sahaja nama Iqbal dipetik ketika sedang sesi live bersama Dato’ Seri Vida.

Iqbal Respon Michael Ang 4

Terdahulu, Michael Ang ada buat satu sesi live bersama DSV dan ia menjadi perhatian netizen apabila pengarah dan penerbit itu ada membuat teguran berkenaan dengan ‘drama’ mereka.

 

Baca : “Nak pergi selamatkan Iqbal” – Terjah Rumah Jam 3 Pagi, DSV Dakwa Iqbal Kena Sihir

Ft Dsv Terjah Rumah Iqbal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.