in

“Kau bermewah makan lobster” – Boss Kay Culas Bayar Nafkah Anak, Cik Pia Luah Rasa Hampa

Bosskay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu rumah tangga influencer Boss Kay serta bekas isteri Cik Pia sering menjadi perhatian netizen oleh kerana kedua-dua mereka amat lantang berusara mempertahankan diri masing-masing di media sosial.

Terbaru, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari dalam satu sesi live meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bekas suami.


Video tangkap layar yang dimuat naik oleh @nasshop_ di TikTok itu memaparkan Cik Pia menangis sambil menceritakan bekas suaminya itu seronok bermewahan tetapi culas dalam membayar nafkah anak.

@nasshopp_

No caption, sakit dadanya boleh rasa smpi ke sini :'( #cikpia #foryoupage

♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) – ayumu tanahasi

“Tak mampu nak bagi anak nafkah tapi makan dekat restoran mewah. Makan lobster beb, buat live satu dunia nampak kau makan lobster. Malu lah.

Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok,” luahnya.

Cik Pia juga berkata walaupun dia mempunyai adik beradik serta ibu bapa, dia mahu tidak membebankan mereka dengan meminta tolong dan ingin menghormati keluarga masing-masing.

Dia juga meluahkan, membesarkan anak seorang diri sememangnya tidak mudah.

“Tapi kalau adik-beradik kita pun susah, tak akan kita nak mengharapkan adik-beradik kita. Takkan kita nak harapkan belas ehsan jadi kita sendiri kena usaha,” katanya.

Selain itu, Cik Pia juga sempat meminta agar wanita yang teraniaya sepertinya diberikan perhatian oleh semua pihak yang berwajib, dia juga mendoakan agar wanita-wanita di luar sana yang sedang berjuang agar diberikan kekuatan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.