Viral satu video di media sosial sekarang menujukkan satu kekecohan di atas jalan yang melibatkan penghantar makanan dan pemandu kereta. Dilihat kereta jenis Proton Saga menyondol sebuah motosikal pengantar makanan sebelum keluar menyerang penunggangnya.
Kau bantai orang tengah cari rezeki bro”
Difahamkan, kejadian ini berlaku Jalan Batu Kawa, Desa Wisa, Kuching, Sarawak, biarpun motif kejadian masih belum dikenal pasti, namun dalam kejadian itu dikatakan bibir dan gigi penghantar makanan itu pecah.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh penghantar makanan itu, pemandu tersebut jadi tak puas hati kerana penghantar makanan itu telah melanggar keretanya. Dikhabarkan lagi, ketika pergelutan berlaku, pemandu tersebut ingin menyerang penghantar makanan itu menggunakan cutter tetapi telah berjaya dihalang
Insiden ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ramai marah dengan tindakan pemandu tersebut yang memukul penghantar makanan yang sedang mencari rezeki dan ramai juga yang bersiap neutral kerana masih belum mengetahui punca yang sahih kejadian tersebut.
Namun begitu, majoriti menyebelahi penghantar makanan itu kerana andaikata itu salah penunggang motor sekalipun, ia tidak wajar diperlakukan sedemikian.