in

“Kau ambil duit, kau main ilmu hitam” – Pempengaruh Dedah Bibik Dera Anak & Main ‘Benda Kotor’

ft pembantu rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh media sosial, Ayunie mendedahkan perbuatan khianat pembantu rumahnya menerusi video TikTok baru-baru ini.

Dalam video tersebut, dia begitu terkilan setelah mengetahui segala muslihat yang dilakukan oleh pembantu rumahnya itu selama ini.


Artikel berkaitan : “Saya tengah terapung ni” – Perbualan Panggilan Antara Ejen Insurans & ‘Pengamal Ilmu Hitam’ Buat Ramai Berdekah

Artikel berkaitan : Padah Dakwa Rosmah Amal Ilmu Hitam, TikToker Diperintah Bayar Ganti Rugi RM100,000

Katanya, bibik tersebut selama ini telah mendera anaknya, bahkan selama ini barang kemas dan wangnya telah dicuri. Lebih teruk lagi, dia mendakwa bahawa pembantu rumahnya itu ada menggunakan ilmu hitam.

@ayunieso24

Kesal betul aku dengan bibik 😭😭😭😭

♬ Criminals – F.O.O.L

“Rupanya selama ini kau dera Maryam, kau curi barang kemas aku, kau ambil duit. Kau main ilmu hitam!!! Malam ini Allah tunjuk. Dia pengamal ilmu hitam, ada tangkal dekat badan dia.”

Dalam hantaran lain di Instagram Stories, Ayunie juga turut kongsikan bahawa pembantu wanita itu telah mengakui perbuatan curi wang dan emas milik Ayunie. Katanya, kesemua barang yang dicuri itu telah diberikan kepada rakannya untuk disimpan.

Screenshot 2025 12 10 122509

Sebelum ini, Ayunie pernah kongsikan bahawa dia ada menerima bungkusan makanan tanpa mengetahui siapa pengirimnya. Lebih musykil lagi, ada juga pesanan yang tertulis nama pembantu rumahnya, namun wanita itu tidak mengakui bahawa bungkusan itu miliknya.

Sumber : TikTok, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.