Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menyandang jawatan tersebut dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976.
Beliau juga diberi gelaran Bapa Pembangunan kerana beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu satu dasar yang telah melakar sejarah dalam menentukan hala tuju ekonomi negara dan memberi kesan yang amat mendalam kepada rakyat sehingga ke hari ini.
Selain itu, beliau juga merupakan bapa kepada mantan Perdana Menteri keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @dyzullsophy memuat naik sebuah video pengalamannya tour ke rumah Bapa Pembangunan itu yang terletak di Kuala Lumpur.
@dyzullsophy Bunglow tinggal sangat menyeramkan ?? #rumahtinggal #berhantu #tunrazak #najibrazak #fyp
Rumah banglo mewah itu difahamkan menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri kedua itu dan kini ia telah diserahkan sepenuhnya kepada Arkib Negara untuk dikunjungi oleh orang ramai. Bolehlah belajar sejarah sikit kan?
“Nampak tenang dan klasik!”
Perkongsian tersebut meraih hampir 800k tontonan, rata-rata netizen memuji struktur dan senibina rumah banglo tersebut.
Malah, tidak kurang juga yang teruja melihat bilik mantan Perdana Menteri keenam Najib Razak yang kelihatan sangat sederhana dan cute!
Okay, dah tau nak pergi mana weekend ni!
Baca: Gelagat DS Najib Berlakon Jadi Tun Razak Siap Pakai Rambut Palsu Tarik Perhatian Netizen