Di media sosial kini pasti ramai yang perasan dengan penampilan terbaharu pelakon Que Haidar yang dilihat semakin glow up dan mencuri tumpuan orang ramai.
Malah terkini, Que Haidar sedang mencuri tumpuan orang ramai dengan satu video memperlihatkan dirinya berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil lip sync lagu Jamilah.
Artikel berkaitan : Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin
Artikel berkaitan : “Cantik, Macam Selena Gomez!” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun, Mula Ikut Langkah Ibu Suka Menari
Ramai mula mengaku nama Jamilah
Disebabkan itu menerusi ruangan komen, ramai netizen yang mengusik pelakon berbadan sasa ini dengan mengakui nama mereka sebagai Jamilah.
@quehaidar Jamilah 🤪
Dalam masa 5 hari, video ini telah meraih sebanyak 5.9 juta jumlah tontonan dan ia membuatkan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red untuk ‘mencuba nasib’ melakukan cara yang sama.
@dato..red jamilah😜 tgk sampai abis😭
Bagaimanapun, respon yang diterima bertentangan seperti mana yang diterima oleh Que Haidar. Ramai netizen memberikan komen-komen sinis yang membuatkan kita rasa tercuit hati bila membacanya.

Dalam masa sehari, video ini telah meraih 2 juta tontonan dan ia kini sedang menjadi tumpuan warganet di bermacam-macam platform media sosial.
Sumber : TikTok
