in

“Kasi sembur aunty” – [VIDEO] Pemandu Lamborghini Terus ‘Chow’ Lepas Kena ‘Sound’ Sebab Tak Matikan Enjin Kereta

Pemandu Lamborghini Terus Chow Lepas Kena Sound

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pemandu kereta takde common sense ni memang makin menjadi-jadi kat Malaysia. Perbuatan mereka ni bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri tapi boleh menganggu ketenteraman orang awam.

Baru-baru ni, menerusi perkongsian TikTok seorang gadis @clumsygoldfish_ ada memuatnaik satu video dirinya tengah rakam seorang aunty ‘sound’ pemilik kereta Lamborghini.


@neighbourhoodtwink

Today’s shenanigans in Bangsar

♬ original sound – 智 – friendlyneighbourhoodtwink

Dalam video tersebut, kelihatan aunty ni bergegas pergi dekat bahagian pemandu kereta mewah terbabit sambil menunjukkan sign tapak tangan berhenti. Nak dijadikan cerita, rupanya enjin kereta tu terlalu bising sampai menimbulkan rasa tak selesa orang awam.

Menurut gadis ini, pengawal keselamatan yang bertugas dah suruh pemandu tu untuk matikan enjin tapi langsung tak diendahkan. Aunty ni pun apa lagi, terus bertindak dengan berkata kepada pemandu yang kereta dimilikinya dah cukup bagus tapi lagi elok kalau dapat turn off enjin.

Lepas aunty cakap je macam tu, terus pemandu ni ‘chow’ dan pergi ke tempat lain. Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang setuju dengan perbuatan aunty ‘sekolahkan’ pemilik Lamborghini tu.

“The ma’am is the hero, the thing inside the car is a villain” – Komen netizen

“Yeap, thats the way” – Komen netizen

Komen Kete 1

Ada juga netizen menambah yang duit tak boleh beli adab serta menasihati pemandu tu untuk jadi lebih bertimbang rasa pada masa akan datang.

Baca: “Mahal nama diorang ni!” – 3 Beradik Bernama Lamborghini, Ferrari, Celica Undang Perhatian Netizen”

Bawah 2

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.