in

Pemilik Hospital Didakwa Keluarkan 6,300 Sijil ‘Bebas Covid-19’ Tanpa Jalankan Ujian Saringan

Featured 13

Melampau tindakan pengerusi sebuah hospital di India apabila mengeluarkan sijil palsu mendakwa individu tersebut bebas Covid-19 tanpa menjalankan sebarang ujian saringan.

Pengerusi Hospital Regent, Dhaka Mohammad Shahed dipercayai telah mengeluarkan ribuan keputusan ujian Covid-19 palsu kepada pesakit di dua klinik di Dhaka, lapor Berita Harian.

1 5 4

Dia akhirnya ditangkap selepas sembilan hari diburu pihak berkuasa, malah ketika ditangkap dia cuba melarikan diri dengan memakai purdah.

Hospital miliknya menjalankan 10,500 ujian COVID-19, dengan 4,200 adalah tulen manakala selebihnya diberi tanpa melakukan sebarang ujian,”- Jurucakap Batalion Tindakan Pantas (RAB), Kolonel Ashique Billah

Malah lelaki itu turut dituduh mengenakan bayaran bagi sijil dan rawatan, walaupun telah bersetuju dengan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan percuma.

Mohammad Shahed merupakan antara puluhan individu yang ditahan pihak berkuasa sebab melakukan penipuan sijil Covid-19.

Malah salah seorang suspek juga merupakan seorang doktor ternama di Dhaka.

 

Baca : 57 Krew Kapal Disahkan Positif Covid-19 Walaupun 35 Hari Di Tengah Laut Padahal Sebelum Belayar Semua Negatif

Baca 13