in

“Kantoi busuk” – Perogol Kena Tangkap Lepas Tersilap Send Gambar Bogel Mangsa Dekat GF Sendiri

Collage 21

Ramai sebenarnya mangsa rogol yang tak tahu siapa perogol dorang sebab diberikan dadah atau terlalu mabuk sampai tak ingat atau tak ada bukti kukuh. Tapi, sepandai-pandai tupai melompat…

Menurut MetroUK, seorang perogol ditangkap selepas tersilap send gambar bogel mangsa rogol pada teman wanitanya.

Kisahnya, Daniel DeSear dikatakan keluar dengan seorang wanita yang dikenali di Facebook sebelum memberikan tiga pil dadah kepada mangsa sebelum mereka keluar.

Ketika mereka sedang minum, wanita tersebut mengadu yang dia rasa pening kepala dan minta Daniel untuk menghantarnya pulang.

Keesokan paginya, wanita ini bangun dalam keadaan bogel dan lelaki tersebut telah pun meninggalkan rumahnya.

Desear Mu Fitted
Sumber: metrouk

Dua hari kemudian, teman wanita Daniel menghubungi mangsa tersebut dan mengatakan teman lelakinya terhantar gambar mangsa tidur dalam keadaan bogel di atas katil dengan bahagian alat sulitnya terdedah.

Tak lama selepas itu, Daniel memberitahu teman wanitanya yang dia perlu cas telefonnya di rumah, ketika ini lah wanita tersebut membelek phone teman lelakinya dan menemui gambar dan video yang menunjukkan Daniel mendera mangsa secara seksual ketika wanita ini sedang tidur.

Dikatakan, Daniel mengubah kedudukan mangsa kepada pelbagai posisi sambil mengambil gambar mangsa dalam jarak dekat.

Teman wanita Daniel kemudiannya menyerahkan gambar dan video yang sudah disalin kepada pihak polis.

Menyedari jenayahnya telah terbongkar, Daniel telah melarikan diri sebelum akhirnya ditangkap pada hari Selalu lalu.

Rekod jenayah Daniel mendedahkan yang dia pernah beberapa kali ditangkap kerana melakukan keganasan terhadap wanita dan yang paling terbaru dia ditangkap kerana mencekik teman wanitanya.

Macam manalah dia boleh tak sedar yang dia dah salah send gambar? Lepastu berani pulak tinggalkan phone yang banyak bahan bukti ni dekat gf dia. Memang minta nak kena tangkap ke ni?

 

Baca: “Nak tipu pun beragaklah” – Lelaki Tipu Mahkamah Suruh Kawan Lukis Bentuk Anu Cacat Nak Lepas Tuduhan Rogol Anak

Collage 18