in

“Kantoi bro beli beer!”

Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang suka makan snek kan? Tipulah kalau korang cakap tak minat makan keropok atau jajan tu semua kan. Tapi dua tiga hari ni, korang perasan tak viral tentang potato chip perisa satay yang dikatakan tak halal sebab berasal dari jenama minuman keras?


Menurut perkongsian di Twitter, seorang netizen beri amaran kepada sahabat Muslimnya supaya hati-hati jangan terbeli sejenis keropok dekat 99 Speedmart. Keropok tu katanya dikeluarkan oleh Tiger (jenama beer terkenal) dan tertulis di packaging yang keropok ni hanya boleh dimakan non muslim berusia 21 tahun ke atas.

Msian Warns Fellow Muslims Not To Buy These Chips Gets Hilariously Exposed Instead World Of Buzz
sumber: twitter

Beri peringatan kat orang ramai tu memanglah bagus tapi tahukah korang rupa-rupanya keropok ni memang tak dijual pun secara meluas kat mana-mana kedai. Menurut netizen, keropok ni hanya boleh didapati kalau seseorang tu beli minuman keras Tiger sebab ia hanya free gift. Opss kantoi?

Berr
sumber: twitter

Macam mana pun admin tak nak lah tuduh-tuduh betul ke tak netizen tersebut beli beer yang dimaksudkan ataupun tak. Malah netizen berkenaan pun cuma cakap yang dia ‘nampak’ keropok ni ada di atas rak kedai.

Difahamkan potato chips ni dikeluarkan khas sempena FIFA World Cup dan mereka yang nak dapatkan snek ni kena beli at least 6 tin Tiger beer daripada 99 Speedmart. Gituuu. So kalau tak beli benda haram ni tak payahlah korang dok risau!

Dgic4E5Uyaatllm
sumber: twitter
Dgiyluhu8Aiqons
sumber: twitter

Papepun sebelum sebarkan sesuatu atau beli apa-apa jenis makanan, admin nasihatkan korang siasat dulu dan jangan viralkan je kalau tak ada bukti kukuh dari mana-mana pihak.

Hampa jangan gatai nak pi beli pulak naaaa…. 

Baca: [VIDEO] “Sedap sangat!” – Wanita  Berhijab Selamba Rakam Makan Daging Babi Tapi Sebenarnya…

Babis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.