in

Kanak-kanak Sembilan Tahun Reka Cerita Konon Diculik Van Merah, Rupa-rupanya…

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menutup kesalahan yang dilakukan, seorang kanak-kanak lelaki di Kuala Terengganu sanggup mereka cerita dan membuat laporan polis.


Kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu itu dikatakan cuba menutup kesalahannya mencuri wang tabung masjid dengan menggunakan helah kononnya dirinya telah diculik. Pandai eh ko dik!

Budak2
sumber: malaysian digest

Kanak-kanak itu dilaporkan telah ditangkap oleh pihak Masjid Wakaf Mempelam kerana mencuri wang tabung masjid berkenaan.

Bimbang pihak masjid berjumpa dengan ibunya, dia kemudian mereka cerita lain pula dengan harapan ia dapat menutup cerita penangkapannya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu kanak-kanak tersebut pada 5 April lalu di Balai Polis Chabang Tiga.

Budak1
sumber: malay mail online

Budak0

Menurut wanita yang bekerja sebagai jurujual itu, anak lelakinya nyaris diculik kira-kira jam 2.10 petang di hadapan sekolah. Kanak-kanak itu mendakwa bahawa ketika sampai di tepi pagar sekolah, dia ditarik oleh seorang lelaki India masuk ke dalam sebuah van berwarna merah.

Dalam laporan dibuat wanita berusia 27 tahun itu, anaknya mendakwa terdapat dua lagi kanak-kanak perempuan dan seorang lagi lelaki India yang bertindak sebagai pemandu van berkenaan,” kata Wan Abd Aziz.

Malah, dia memberitahu ternampak sebilah parang dan pisau di dalam van itu sebelum kononnya berjaya melarikan diri ke sebuah kedai berdekatan.

Budak
sumber: berita harian

Kisah ‘penculikan’ kanak-kanak berkenaan turut menjadi viral di media sosial serta aplikasi Whatsapp dan semestinya mendapat perhatian ramai netizen.

Bertindak pantas atas laporan, pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali dan kejadian culik itu merupakan rekaan kanak-kanak tersebut.

Selepas mendapat pengakuan sebenar daripada kanak-kanak itu, keluarganya kemudian membuat satu lagi laporan polis bagi menarik balik laporan pertama yang telah dibuat.

Pandai pulak mencari helah nak tutup kesalahan, entah dari mana lah belajar ye dik…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.