“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”, mungkin ini pepatah yang sesuai untuk situasi yang sedang tular di media sosial ketika ini.
Tular video empat sekawan yang memperlekehkan kesalahan tatabahasa bahasa Inggeris seorang lelaki yang dipercayai bekas kekasih kepada salah seorang daripada mereka.
Namun, tindakan mereka telah mendapat kritikan orang ramai kerana dianggap tidak wajar. Walaupun cuba ‘memalukan’ tatabahasa individu berkenaan, ia telah membuatkan orang lain yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasa perkara yang sama.
“Yela kak ko jela pandai”
Susulan video itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Hajar tampil memperbetulkan semula kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh sekumpulan kawan itu.
@hejeres yela kak ko jela pandai
Dalam video itu, Hajar yang juga seorang cikgu TESL menyatakan ia adalah sesuatu yang memalukan apabila cuba menegur kesalahan tatabahasa mesej lelaki itu, padahal mereka juga melakukan kesilapan yang sama.
“Bukan ‘I have made’ tetapi ‘I made’. Apabila menggunakan ‘have made’ itu bermaksud ia adalah ‘present perfect tense’ iaitu sesuatu perkara yang dah lepas tetapi masih berlaku (sekarang) contohnya mereka masih lagi pasangan kekasih.
“I made pula digunakan untuk sesuatu yang lepas (past tense) kerana pasangan tersebut telah berpisah,” jelasnya.
Hajar juga menegur kesalahan tatabahasa dilakukan oleh wanita berkenaan bukan hanya memalukan malah turut mendakwa mereka kedengaran rasis.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan Hajar menegur mereka dan pada masa yang sama dapat belajar sesuatu memandangkan tidak semua mahir menggunakan bahasa global ini.
Sama-samalah kita belajar tidak merendah-rendahkan orang lain ya…