in

“Kami tidur atas katil kosong” – Rupa Bilik Rehat Frontliner Buat Netizen Bengang

Injang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah beberapa hari berturut-turut kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka tinggi buat masa ini, malah ia lebih tinggi daripada kes-kes yang pernah terjadi sebelum ini.


Para pekerja barisan hadapan pula dilihat sudah kembali ‘berjuang’ untuk menghadapi cabaran pandemik gelombang ketiga ini.

Selain daripada mempertaruhkan nyawa mereka, amat menyedihkan apabila gambar keadaan bilik-bilik rehat frontliner ini yang boleh dapat dilihat dari jauh memang tak selesa.

 

Kami tidur atas katil kosong”

Mereka yang berhempas pulas dalam merawat pesakit dan memastikan pesakit dalam keadaan selesa, tetapi mereka sendiri tiada rasa ‘nikmat’ itu apabila foto keadaan bilik amatlah mengharukan.

Ek6I7Fiuyaaa Wq 1 Ek6I7Fmu8Aezmff 1 Ek6I7Fmvcaygngu 1

Hanya katil kosong sahaja, difahamkan ianya merupakan bilik rehat frontliner di Pulau Pinang. Menurut perbualan Whatsapp yang viral di Twitter sekarang, para frontliner terpaksa menggunakan tilam tahanan.

Ek6I7Fhvkaaz1Xv 1

Perkongsian yang meraih 13.5K retweets sejak dimuat naik semalam, telah menyebabkan netizen sebak dan ada juga yang marah pada pihak-pihak tertentu.’

Oleh sebab itu Twitter @InjangNation merancang untuk membuat kutipan sumbangan daripada warganet. Berbeza dengan Ustaz Ebit Lew yang menyumbang Penjara Seberang Perai, Injang akan membuat sumbangan di lokasi yang terjadi seperti gambar di atas iaitu di Penjara Reman Pulau Pinang.

 

Berjaya raih kutipan RM11K dalam masa 2 jam!

Hasil daripada sikap murni netizen, Injang telah berjaya meraih RM 11,739.07  dalam masa 2 jam untuk membeli 100 unit tilam untuk para frontliner yang berkhidmat di Penjara Reman Pulau Pinang.

Hari ini, Injang telah memaklumkan bahawa dia akan ke lokasi tersebut untuk berikan sumbangan kepada mereka.

Alhamdulillah, ini juga sebahagian amal yang anda telah berikan kepada mereka dan sumbangan ini pasti akan dibalas nanti. Insyaallah, bagi mereka yang tidak sempat atau tidak menyalurkan bantuan pun, doa daripada anda semua sudah memadai.

 

Baca : “Dia takkan berehat selagi ada orang susah” – Netizen Terharu Lihat Ustaz Ebit Lew Salur Bantuan Dekat Penjara Seberang Perai

Uel 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.