Semalam, kita dikejutkan dengan berita insiden sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung di kawasan tanah runtuh di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah).
Insiden itu menyebabkan penumpang dan pemandu kereta itu iaitu pasangan bakal pengantin, Hassan Shazali,52 tahun dan Suzaimah Che Azis, 34 tahun maut dalam insiden tersebut.
Balu Allahyarham Hassan, Che Norhashimah Hassan, 50 memberitahu media ketika ditemui mengakui terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang memaklumkannya mengenai kejadian tersebut.
Menurut Che Norhashimah, dia dan suaminya itu telah bercerai namun buat masa ini, dia masih lagi dalam tempoh iddah.
@sinarharianonline ‘Saya masih dalam idah, tidak tahu suami bakal berkahwin’ Balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, tidak menyangka panggilan telefon yang diterima membawa khabar duka mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah, Hulu Terengganu pada petang Jumaat. Che Norhashimah Hassan, 50, berkata, dia menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu kira-kira jam 8.15 malam ketika berada di rumahnya di Gua Musang, Kelantan, sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tragis itu. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #sinarharian #beritaterkini #kemalanganmaut #suami #balu
Artikel Berkaitan: Kenderaan Jatuh Gaung, Pasangan Pengantin Terkorban
Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
Wanita berusia 50 tahun itu juga mengatakan dia tidak mengetahui bahawa mangsa akan berkahwin tidak lama lagi kerana selepas berpisah, mereka tidak lagi tinggal sebumbung dan sudah tidak berhubung selama hampir tiga bulan.
Namun, arwah ada berhubung dengan anak-anak dan dia tidak menyangka insiden ini akan terjadi.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut tetap reda dengan ketentuan Ilahi dan menyifatkan arwah seorang bapa yang baik kepada anak-anak mereka.
Menurut anak sulung mereka pula, dia berhubung dengan bapanya itu buat kali terakhir pada Rabu lalu kerana selepas ibu bapanya berpisah, dia tinggal bersama ibunya.
Difahamkan juga, meskipun ibu bapanya telah bercerai, bapanya sering menghubunginya dan adik-beradiknya yang lain.
Sumber: Harian Metro
