in

“Kami nak tuntut hak kami!” – Penduduk Napoh Failkan Saman RM1 Juta Kepada Pemilik Restoran Nasi Kandar

Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan pandemik COVID-19 di Kedah seakan tiada titik noktah. Kluster yang sebelum ini ada yang mengatakan sebagai ‘super spreader’ iaitu kluster Sivagangga telah menimbulkan pelbagai kerisauan penduduk setempat.


Kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di beberapa kawasan di sana.

Disebabkan penularan wabak ini berpunca dari pemilik kedai nasi kandar yang melanggar perintah kuarantin, penduduk Napoh dilaporkan akan menfailkan saman sebanyak RM1 juta kerana menjejas ekonomi rakyat tempatan.

B1 2

 

Tindakan ini dilakukan atas sebab untuk menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster PUI Sivagangga seterusnya memberi pengajaran kepad orang lain agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin.

Penduduk Napoh dan NGO saling bekerjasama

Muhammad Yusrizal Yusoff, ahli Persatuan Pengguna Kedah menyatakan bahawa nilai saman tersebut ditentukan atas nasihat peguam.

Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam proses ini dan memaklumkan bahawa tindakan ini telah mendapat perhatian lebih 100 orang penduduk dan 6 badan bukan kerajaan (NGO). Lapor Berita Harian

“Sehingga semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh…

Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman”

B2 2

 

Baca: “Terlalu cepat merebak daripada virus asal” – KKM Khuatir Kluster Sivagangga Jenis SUPER SPREADER?

B 2 1

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.