Hasrat penyanyi Sufian Suhaimi untuk berkahwin pada tahun ini dilihat tidak kesampaian apabila hubungannya dengan kekasih hati yang bernama Rania Al-Sadat terputus.
Sumber melaporkan bahawa cincin pun sudah dipulangkan, kata Sufian lagi, keputusan tersebut dibuat secara bersama dan anggap apa yang terjadi adalah disebabkan tidak sehaluan.
Artikel berkaitan : “Saya baru tahu semalam” – Sufian Suhaimi Kecewa, Lagu Budi Ditarik Daripada SFMM38
Artikel berkaitan : Viral Video Di TikTok, Sufian Suhaimi Hantar Rombongan Merisik?
“Kami masih berkawan cuma hubungan merisik tu dah tiada dah. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.”
“Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.”
“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan.”
Sufian juga menyatakan bahawa, biarpun hubungan mereka terputus, mereka tidak ada sebarang pergaduhan dan jelasnya keputusan yang dibuat itu bukanlah satu penyesalan.
“Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.”
“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan.”
“Tiada satu penyesalan pun. Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu.”
Dalam pada itu, Sufia turun menepis dakwaan yang mengatakan bahawa hubungan cintanya dengan wanita tersebut hanya sekadar content untuk kekal relevan dalam industri.
“Siapa yang cakap percintaan saya ni content semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi.”
“Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat.”
Difahamkan, spekulasi mengenai hubungan mereka ini jadi bualan hanya apabila Rania dan Sufian didapati tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di Instagram.
Sumber : Astro Awani