in

“Kami mahu P*rnhub semula!”- Thailand Sekat Laman Web Lucah Popular, Rakyat Memberontak Tak Puas Hati

Porno6

Kalau korang nak tahu, kerajaan Thailand baru-baru ni telah menyekat akses kepada sebuah laman web lucah terkenal antarabangsa.

Taklah pelik keputusan tu sebab pornografi dah terbukti memberi pengaruh negatif kepada individu.

Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Fatimah Abdul Ghani, ketagihan pornografi boleh merosakkan otak dan saraf!

Porno

 

Sekatan yang dibuat oleh kerajaan Thailand semestinya mendapat pujian daripada masyarakat tempatan tapi lain pula penerimaan rakyat di sana.

 

Menteri dikecam, halang hak kebebasan media

Ekoran daripada itu Menteri Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES), Buddhipongse Punnakanta, menerima kecaman hebat selepas kementeriannya memperoleh kelulusan mahkamah bagi mengambil langkah sedemikian selaras dengan undang-undang negara itu yang mengharamkan laman web lucah. – Astro Awani

Sekatan akses ini telah berkuat kuasa pada tengah hari Selasa dengan lebih 190 alamat URL terlibat bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di negara itu.

 

Bukan itu sahaja, satu group aktivist di facebook yang dikenali sebagai ‘Anonymous Party’ turut menyuarakn pandangan mereka dan berkata setiap individu mempunyai hak kebebasan media.

Kami mahu Pornh*b semula. Kami ada hak untuk memilih!”

Kebebasan media termasuk semua jenis kandungan, termasuk unsur seksual, selagi penonton tidak dipaksa untuk menonton.”

Namun, luahan di laman sosial sahaja tak cukup memuaskan hati.

 

Protest depan Kompleks Kerajaan

Bagi menyuarakan bantahan, sejumlah orang ramai berkumpul di Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana, Bangkok pada hari Selasa bagi menentang tindakan kementerian itu.

Porno2

Porno1

 

Siap buat baju lagi untuk protes.

Porno4

 

Tak ambil pusing

Buddhipongse yang pada ketika itu berada di Phuket tidak ambil pusing.

Baginya, dia hanya menjalankan tugas dan tidak akan layan pengkritik.

 

Baca : “Bukannya kami rogol sesiapa pun” – Group Telegram KANTOI Banyak Gambar & Video Lucah, Siap Kena Bayar Yuran Langganan

Porno7

Sumber: Blog
Sumber: sea.mashable
Sumber: news.sky
Sumber: scmp