in

“Kami buat solat hajat” – Keluarga Eda Ezrin Gelisah Tunggu Keputusan Mahkamah Narathiwat

syaz ft 2025 03 06T110948.112

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (6 Mac) merupakan hari penentuan bagi kes dadah melibatkan penyanyi Eda Ezrin di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand.

Nasib Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakannya ditentukan hari ini susulan dua pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di pekan Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.


Artikel berkaitan: Keputusan Mahkamah Diketahui Esok, Eda Ezrin Tak Bersedia Ke Penjara

Artikel berkaitan: Eda Ezrin Mungkin Akan Didenda & Dibebaskan Dari Penjara Narathiwat Hari Ini

Menurut laporan Harian Metro, keluarga pelantun lagu Bey Soba Bey itu meluahkan rasa gelisah mereka berhubung keputusan yang bakal diketahui tidak lama lagi.

cats 4

“Malam tadi kami sekeluarga mengadakan solat hajat dan tidak mampu untuk tidur kerana berdebar memikirkan keputusan hari ini.

Allah sahaja yang tahu keadaan kami sekeluarga yang berdebar menunggu keputusan hari ini,” luahnya.

Dia yang berusia 50-an dan enggan dikenali itu turut berharap keputusan yang akan diumumkan hari ini akan memihak kepada mereka.

“Pagi tadi selepas Subuh kami terus bergerak datang ke Narathiwat, Thailand bagi menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, selain kes berkaitan dadah, dua daripada mereka berdepan juga tiga pertuduhan termasuk memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.

Sumber: Harian Metro

 

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.